Monday, October 31, 2011

PerSoALaN Di HeArThY

salam..

semasa di matrikulasi, Universiti mahupun maktab dulu, aku berkawan dengan semua lapisan masyarakat.

yang sederhana, yang pendiam, yang sosial, yang islamik dll..

aku tetap aku.. tak terikut mana-mana..

cuma rasa rendah diri bila berhadapan dengan kawan-kawan yang punyai ciri-ciri islamik yg tinggi. gila respek.

tudung menutupi dada...
pakai handsocks..
pakai stoking..
tak pakai inner, mesti baju longgar..
sebab inner ni umpama membalut aurat, sedangkan kita disarankan menutup aurat..

fuhh, sangat respek dengan org2 begini.. kerana mereka mampu mengekang nafsu dari berfesyen berlebih-lebihan..atau lebih mudah dikatakan, mereka ni bukan golongan yang bertabarruj (berhias-hias)..

namun, sedikit terkilan apabila melewati hari perkahwinan mereka-mereka ini..

kerana sangkaan aku mereka tidak akan jadi macam aku masa aku berkahwin dulu..

dihias berlebih-lebihan, sanggul ditinggikan, tudung masuk ke dalam baju..dll..

itu aku, insan biasa. bukan bermakna, kalau biasa tu aku boleh buat. tp at least tak adalah org terkejut.

tapi mereka yg dulunya lebih mulia dan indah dr aku, melakukan yg sama sepertinya aku..

mana stokin, handsocks, tudung menutupi dada, baju longgar, dan hiasan sederhana mereka??

mana ciri-ciri indah mereka yg buat aku malu dulu? mana ciri-ciri mulia itu?

ok..siapalah aku nak persoalkan perkara ini..

cuma aku sedikit terkejut.

dan boleh dikatakan terpempan dan terpana seketika..

aduhai..mengapa tidak dikekalkan imej indah dan mulia kalian sahabat-sahabatku...;(

sekian..