7/10/11 : hari ulang tahun kelahiran suamiku yg ke 26 tahun..
seperti yang aku 'entry' kan di bawah..teruknya ayat ni.. *aku bukan cikgu BM.!
jadi runsing lah hati ini.. nak hadiahkan apa? merayau lah aku ke segenap sungai besar sehari sebelum hari besarnya itu.. mencari dan terus tercari-cari.. ok, pekan kecil je.. tak ada apa.. balik...
kecewa..T_T
petang jumaat aku balik rawang..aku sampai rawang dalam pukul 2 petang.. suami aku biasanya sampai rumah dalam 5 setengah. sebelum dia balik, aku merayap la sekitar rawang..kot la dapat cari apa2 yg patut..
.....
beliau balik kerja je, isteri mithali beliau ni (keh3x) sambut beliau dengan sebiji kek..ok, cara lama nak surprisekan pasangan sebenarnya.. tapi aku rasa menarik.. sbb beliau tak pernah celebrate birthday sendiri sepanjang 26 tahun usia beliau.. dan sepanjang couple dan tunang dengan aku, pun kami tak celebrate.. sbb kami biasanya terpisah jauh..;)
selain kek, aku belikan beliau 1 tshirt. ok, hadiah biasa je pun.. tp yg luar biasa sbb tshirt itu ada sentuhan warna ungu. warna tshirt yg beliau tak pernah ada seumur hidup..semua yg aku buat dan beri adalah apa yg beliau tak pernah buat dan ada sebelum ini.. kira romantik la aku kan? heeeeee
lepas mandi je, aku minta beliau potong kek..Tiramisu..our feveret! dengan hanya berkain pelekat kami meraikan hari lahir beliau di rumah kami.
lepas maghrib, aku minta beliau pakai terus tshirt jalur ungu dan kami ke ice room di taman sri gombak. aku mcm biasa dengan spagetti bolognaise & aku orderkan beliau makanan yg beliau tak pernah cuba juga sebelum ini.. ala2 lunch/ dinner box orang korea.. adik beradik teppayaki / teriyaki..
beliau dengan tshirt jalur ungu.. i lioke it very much..
haaa..ni makanan yg di order.. terpempan suami aku tengok dinner box tu.. unik katanya.. sedappp..itu pasti..!
ice cream.. macam kat tutti fruiti pula kan! ice cream + yogurt!
kemudian..kami pusing-pusing KL.
dan berhenti di Dataran Merdeka..
untuk apa?
saja, teman beliau pada waktu malam bersama dara dan teruna yang melepak2 di situ..
kata beliau 'kita duduk sini sampai polis datang halau'... =) ini juga perkara yg tak pernah kami buat sebelum ini..memang kerja gila!
dalam kereta..di tepi jalan..
dan finally, kami ke mid valley.. masuk panggung untuk midnight movie..Johnny English.. sangat2 best cerita ini.. hilang mengantuk aku.. kelakar dari awal sampai akhir cerita. memang tak mengecewakan..superbb!
sebelum masuk panggung.. lengang je nampaknye!
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar seperti yg aku rancang..
semoga beliau enjoy dan suka!..
segalanya biasa tapi semua itu tak pernah dilalui oleh beliau kecuali tengok wayang tu lah. dah biasa midnight movie dengan beliau semenjak kahwin...
InsyaAllah cuti sekolah ini, boleh celebrate sekali lagi hari lahir dan hari anniversary.. sambil bercuti sakan..can't wait!!!