Monday, October 31, 2011

PerSoALaN Di HeArThY

salam..

semasa di matrikulasi, Universiti mahupun maktab dulu, aku berkawan dengan semua lapisan masyarakat.

yang sederhana, yang pendiam, yang sosial, yang islamik dll..

aku tetap aku.. tak terikut mana-mana..

cuma rasa rendah diri bila berhadapan dengan kawan-kawan yang punyai ciri-ciri islamik yg tinggi. gila respek.

tudung menutupi dada...
pakai handsocks..
pakai stoking..
tak pakai inner, mesti baju longgar..
sebab inner ni umpama membalut aurat, sedangkan kita disarankan menutup aurat..

fuhh, sangat respek dengan org2 begini.. kerana mereka mampu mengekang nafsu dari berfesyen berlebih-lebihan..atau lebih mudah dikatakan, mereka ni bukan golongan yang bertabarruj (berhias-hias)..

namun, sedikit terkilan apabila melewati hari perkahwinan mereka-mereka ini..

kerana sangkaan aku mereka tidak akan jadi macam aku masa aku berkahwin dulu..

dihias berlebih-lebihan, sanggul ditinggikan, tudung masuk ke dalam baju..dll..

itu aku, insan biasa. bukan bermakna, kalau biasa tu aku boleh buat. tp at least tak adalah org terkejut.

tapi mereka yg dulunya lebih mulia dan indah dr aku, melakukan yg sama sepertinya aku..

mana stokin, handsocks, tudung menutupi dada, baju longgar, dan hiasan sederhana mereka??

mana ciri-ciri indah mereka yg buat aku malu dulu? mana ciri-ciri mulia itu?

ok..siapalah aku nak persoalkan perkara ini..

cuma aku sedikit terkejut.

dan boleh dikatakan terpempan dan terpana seketika..

aduhai..mengapa tidak dikekalkan imej indah dan mulia kalian sahabat-sahabatku...;(

sekian..

Tuesday, October 25, 2011

TuPpErWare

salam to all..

semenjak dari sekolah menengah, aku merupakan penggemar botol air..

setiap hari mesti bawa air masak ke sekolah dan ada bekas air khas.. tak mahu guna botol plastik air mineral. tp zaman sekolah dulu jenama tupperware tak tahulah dah wujud ke belum. aku guna yang biasa je. janji bentuk botol nye tu cantik dan bewarna warni..;)

kalau dikumpul-kumpul, boleh jadi aku punyai 20 jenis botol air. cuma bila dah lama pakai, dah huduh, dan dah mula meleleh air dari penutupnya, aku dah tak pakai dah.. biasalah jenama TIPUWARE je..^^, kadang-kadang, saja je beli sebab cantik bentuknya. pastu tempatnya di dalam peti ais je pun.

terbawa-bawa sehingga kini, ke tempat kerja (masih jua sekolah) aku pasti bawa botol air sendiri. handbag mesti besar..sebab kalau malas nak pegang, aku masukkan je dalam handbag sekali. manalah tak berat!! bukan ke sekolah je, ke mana-mana sahaja, biasanya air mesti di bawa. bekas air mesti ada dalam kereta..botol air sekarang pun dah advance. siap ada beg/case/cover sendiri siap bertali..so senang nak pikul . tak payah masuk handbag dah..;p .dan sekarang, aku dah tak beli tipuware lagi, aku penggemar tupperware..

ini botol air pertama aku beli jenama tupperware..


masih pakai sampai kini. memang tahan lasak. air tak meleleh keluar. itu kriteria penting untuk botol air aku..

cuma, bila tengok katalog, ada pula warna purple. maka beli lagi satu..

kemudian, beli pula yg besar giant ni. sebab aku rasa sangat cantik kalau letak dalam petia ais berisi air masak sejuk..cool kan..

beli juga yg kecil comel..sama hijau sama cantik..

dan ini, kalau suami aku nak bawa bekal ke..nampak makanan tu sedap kalau letak dalam tupperware..heeee

hurm, mata rambang je tengok katalog tupperware. nak meng'order' je kerja. ada lagi yang dah diorder. On da way! aduhai!!!

sekian.

Friday, October 14, 2011

TaK NgerTi

salam..

diri ini tidak baik..

tidak juga alim..

apatah lagi untuk mengaku muslimah sejati..

tapi diri ini sangat tak mengerti..

gambar yang di upload di fesbuk oleh rakan-rakan..

rakan fesbuk wanita yg indah rupa kurniaan pencipta..

tapi mengambil gambar sendiri.. dengan kepalanya nampak separuh je.. dahi dan rambut tak nampak pun..tapi fokus nya adalah bahagian dada..segala aliran ditunjukkan..*sedangkan sepatutnya org nak tengok muka, siapa gerangan yang punya fesbuk.. kenapa dada pula yg lebihnya? ambil gambar dari atas dan dari sisi untuk menampakkan sesuatu yg seharusnya di sembunyikan dari pandangan lelaki ajnabi..

kita yg melihat ni pun rasa malu..;(

yg cantik dan indah itu untuk suami..bukan ditunjukkan kepada umum, bf, tunang dan selainnya..

tak kasihankah kepada bakal suamimu kelak? berkongsi kecantikanmu dengan umum.. ;(

ok.. ter'emo' pula.. aku tak ada niat apa-apa.. malah diri ini juga terlalu banyak kelemahan yg perlu diperbaiki..

cuma......

entahlah..tak tahu nak cakap macamana..

aku cuma nak kita sama-sama belajar sebelum semuanya terlambat.. takuuutttt..;(

sekian

Monday, October 10, 2011

PerKaRa BiAsa Di LuAr KeBiaSaaN

salam to all

7/10/11 : hari ulang tahun kelahiran suamiku yg ke 26 tahun..
seperti yang aku 'entry' kan di bawah..teruknya ayat ni.. *aku bukan cikgu BM.!

jadi runsing lah hati ini.. nak hadiahkan apa? merayau lah aku ke segenap sungai besar sehari sebelum hari besarnya itu.. mencari dan terus tercari-cari.. ok, pekan kecil je.. tak ada apa.. balik...
kecewa..T_T

petang jumaat aku balik rawang..aku sampai rawang dalam pukul 2 petang.. suami aku biasanya sampai rumah dalam 5 setengah. sebelum dia balik, aku merayap la sekitar rawang..kot la dapat cari apa2 yg patut..

.....

beliau balik kerja je, isteri mithali beliau ni (keh3x) sambut beliau dengan sebiji kek..ok, cara lama nak surprisekan pasangan sebenarnya.. tapi aku rasa menarik.. sbb beliau tak pernah celebrate birthday sendiri sepanjang 26 tahun usia beliau.. dan sepanjang couple dan tunang dengan aku, pun kami tak celebrate.. sbb kami biasanya terpisah jauh..;)

selain kek, aku belikan beliau 1 tshirt. ok, hadiah biasa je pun.. tp yg luar biasa sbb tshirt itu ada sentuhan warna ungu. warna tshirt yg beliau tak pernah ada seumur hidup..semua yg aku buat dan beri adalah apa yg beliau tak pernah buat dan ada sebelum ini.. kira romantik la aku kan? heeeeee

lepas mandi je, aku minta beliau potong kek..Tiramisu..our feveret! dengan hanya berkain pelekat kami meraikan hari lahir beliau di rumah kami.

lepas maghrib, aku minta beliau pakai terus tshirt jalur ungu dan kami ke ice room di taman sri gombak. aku mcm biasa dengan spagetti bolognaise & aku orderkan beliau makanan yg beliau tak pernah cuba juga sebelum ini.. ala2 lunch/ dinner box orang korea.. adik beradik teppayaki / teriyaki..

beliau dengan tshirt jalur ungu.. i lioke it very much..

haaa..ni makanan yg di order.. terpempan suami aku tengok dinner box tu.. unik katanya.. sedappp..itu pasti..!

ice cream.. macam kat tutti fruiti pula kan! ice cream + yogurt!

kemudian..kami pusing-pusing KL.

dan berhenti di Dataran Merdeka..

untuk apa?

saja, teman beliau pada waktu malam bersama dara dan teruna yang melepak2 di situ..

kata beliau 'kita duduk sini sampai polis datang halau'... =) ini juga perkara yg tak pernah kami buat sebelum ini..memang kerja gila!

dalam kereta..di tepi jalan..

dan finally, kami ke mid valley.. masuk panggung untuk midnight movie..Johnny English.. sangat2 best cerita ini.. hilang mengantuk aku.. kelakar dari awal sampai akhir cerita. memang tak mengecewakan..superbb!

sebelum masuk panggung.. lengang je nampaknye!

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar seperti yg aku rancang..
semoga beliau enjoy dan suka!..
segalanya biasa tapi semua itu tak pernah dilalui oleh beliau kecuali tengok wayang tu lah. dah biasa midnight movie dengan beliau semenjak kahwin...

InsyaAllah cuti sekolah ini, boleh celebrate sekali lagi hari lahir dan hari anniversary.. sambil bercuti sakan..can't wait!!!

sekian.

Tuesday, October 4, 2011

SyAHdu

Salam..

Entry khas buat Abu Zar Bin Kassim..

Sempena ulangtahun kelahirannya esok, 7 Oktober 2011..

Senyumanmu adalah bahagiaku, ceriamu adalah dambaku..Gelisahmu adalah kebimbanganku, Air matamu adalah kesedihanku..kau pelipur laraku, kau pengiring suka citaku, bersama kita dalam hari-hari keberkatan..Ikatan ini berawal dari hati atas nama cinta..Jalinan ini bermula dari rasa atas nama sayang...Pertautan ini berasal dari angan atas nama rindu..sungguh ini adalah cinta, sayang dan rindu..Cinta, sayang dan rindu atas nama pengabdian kepada Rabbul Izzati.. Malam ini bintang bersinar cinta, bulan tersenyum sayang, angin mendesir rindu..Wahai bintang, bulan dan angin..sampaikan salam cinta, sayang dan rinduku kepadanya..'Sungguh aku sangat mengasihimu keranaNya'

buat suami :

Selamat ulangtahun kelahiran..
Semoga berjaya dalam setiap lapangan..
Semoga kita mampu meraih kebahagiaan berpanjangan, keredhaan dan kasih sayangNya...
Amin..

us... love u.
.................................................

*esok kite celebrate okeh!