Friday, July 18, 2014

DeTiK 01 FeB 2014

Assalamualaikum..

Baru ada ruang nak curi masa. itupun curi masa yang hampir tiada. Aku dah mula bekerja pada 2 Mei 2014 lepas. Alhamdulillah, walaupun dah 3 bulan cuti, tapi masa mula kerja, aku dapat adapt segera. Tak adalah hilang dalam dunia sendiri atau rindu anak sampai tak boleh bekerja.. haaa, tips nya mudah sahaja :

- Sebelum mula bekerja, dah belajar hantar anak pada pengasuh. Aku hantar anak 2 weeks lebih awal. So saat-saat sukar berpisah dengan anak tu aku dah lalui dahulu dan tak libatkan tempat kerja.

- Sebelum mula bekerja, aku dah ke tempat kerja terlebih dahulu untuk ambil mood dan tengok tahap kerja yang bakal disambung/dipikul.

Alhamdulillah....

..............................................

Sambungan entry lepas..;) Kisah yang tak akan dilupakan dalam episod hidup iaitu saat kelahiran anakanda ke dunia..

31Januari lepas : Masa tu cuti Chinese New Year. Malamnya aku tengok Maharaja lawak Mega dengan suami. Ketawa punya ketawa.. tapi kejap-kejap rasa tak selesa pada perut. Mengerut sekejap. Tapi lepas tu hilang.. Berlarutan sampai 12 tengah malam. Tidur pula tak boleh. Aku tak rasa nak beranak lagi sebab tak la sakit sangat macam orang selalu cerita. Tapi dalam masa yang sama hati mula risau sebab tak pernah pula tak selesa macam ni sampai tak boleh tidur. Aku asyik ke toilet kot ada keluar tanda. Tapi tak ada. So usaha untuk tidur. Tak boleh!!! Sampai 2.30 pagi aku ajak suami ke hospital. Walaupun tak berapa sakit, tapi aku nak check jugak sebab aku tak boleh tidur.. Bagi aku tak boleh tidur tu satu keadaan yang serius sebab masa mengandung aku paling mudah tidur, heeeee...

Sebelum ke hospital, aku singgah rumah mak. Gaya macam nak beranak sungguh. Salam mohon ampun bagai. Kemudian terus ke hospital meredah pagi yang dingin..Suami agak cuak tapi aku kata, jangan risau sebab tak sakit lagi. Tepat 3.10 pagi, kami sampai Hospital DBM Gombak. Tak ada umat pun selain nurse dan bidan. Kiranya kami je patient malam tu. Aku terus diminta masuk labour room untuk di check oleh bidan. Dan sangat scary bila bidan kata bukaan dah 3 cm. Boleh masuk wad terus... Haaaaa???????? Serius tak jangka.. Nasib aku bawa semua keperluan aku nak bermalam kat hospital.

Aku pun masuk wad. Nurse terus bekalkan air milo dan biskut supaya aku ada energy untuk proses kelahiran. Selain tu aku dibekalkan air selusuh. Haaa ni yang tak tahan. Kalau hospital lain, nurse marah kalau patient bawa atau minum air selusuh. Tapi hospital ni siap bekalkan lagi. Tapi aku pun dah bawa air selusuh sendiri, nenek suami yang buatkan. Jadi aku minum sikit-sikit sebab aku risau terus terberanak pula. Hihi.. Masa masuk wad tu, tak adalah sakit memanjang. Aku borak-borak dengan suami sambil paksa diri makan biskut. Tapi menjelang 5 pagi, sakit perut dah mula kerap..

Dalam pukul 5.30 aku masuk semula labour room. Bukaan dah 8cm. Gila cuak. Sambil tu perut aku mula dipasang dengan CTG a.k.a Cardiotocography (dah rupa tali pinggang) untuk tengok tahap sakit/contraction aku dan degupan jantung bayi. Gila tak selesa. Masa ni baru aku rasa betul-betul sakit dan tak boleh nak senyum. Tapi sakitnya berkala. Selang seminit, reda. Masa reda tu, subuh dah dekat. Doc tanya nak beranak sekarang ke nak tunggu azan?? Huaaaaaaaaaaaaa...Tengah kritikal ni boleh pulak die nak kita pilih-pilih. Ikutkan hati nak beranak terus. Tapi bidan kata, baik doc sembahyang dahulu.. So mereka suggest lepaskan waktu subuh dulu. Maka aku tak ada pilihan. Walaupun rasa nak terjun katil, aku anggukkan juga untuk sembahyang hormat waktu. Nurse datang bawa sebesen air untuk aku wudu'. Aku wudu' dan solat hormat waktu atas katil tu. Lepas je solat, menggelepar balik menahan sakit berkala tu..

Menjelang pukul 7, bukaan pun dah 9/10cm. Semakin scary. Suami aku dipanggil teman aku. Awal-awal lagi aku dah kata pada doc yang suami aku  tak nak masuk labour room sekali sebab takut pitam. Tapi doc panggil juga temankan. Suami aku tiada pilihan. Aku? Mestila suka, suami teman..;)
Masa ni Aircond pun tak rasa dah. Aku minta suami aku balik ke wad ambilkan kipas kertas dalam handbeg aku..(sempat lagi tu). Suami tolong kipaskan sepanjang proses melahirkan anak yang bermula jam 7 pagi. Sepanjang proses tu, semua bagi kata semangat terutama nurse dan bidan. Bidan banyak bantu tolak bahagian perut. Dan finally aku terus kepanasan sebab suami aku kipas dirinya sendiri.. What The FisHHHH!!! haha.. Apapun syukur sangat, tepat 7.25 pagi 01 Feb 2014 (Hari Wilayah), aku selamat lahirkan baby boy seberat 2.5 kg..

Tapi aku sangat pelik. Kenapa baby aku hitam sangat???? Cuakkk.. Rupanya baby hampir lemas. Bukan hitam tapi biru!! Baby terus masuk ventilator (kalau tak silap nama alat tu) untuk bantuan pernafasan. Nurse kata aku salah teknik teran. Baby keluar masuk banyak kali..Aduhaiii..;( Mana nak tau teknik yang betul kan. Kalau tahu pun, bila dah sakit macam tu, confirm tak berteknik dah!!!

Dalam pukul 8 lebih aku masuk wad semula....Terima kasih Doc, Nurse, Bidan dan suami yang banyak bagi kata semangat.. Apa yang indah masa proses bersalin ni, doc dan bidan banyak bantu dalam pembangunan rohani aku.. Mereka mengaji dan galakkan aku mengamalkan surah Nabi Yunus!! dan di labour room serta wad aku, ada ayat-ayat ini digantung.. Dan selama menahan sakit tu lah  aku baca berulang kali. Kalau depa tak gantung, agaknya mesti aku boleh lupa ayat-ayat ni..Sebab cuak dah menguasai diri.. 



Antara yang menenangkan hati bila berada dalam wad dan labour room..


Malam kedua di wad bersalin. 

Petangnya kami 3 beranak dilawati oleh mak ayah dan keluarga mertuaku. Heaven gila sebab kami-kami je yang conquer hospital Tak ada patient dan pelawat lain. Macam hospital sendiri la nampaknya. ;-) Esoknya aku dibenarkan balik..Yeayyy!! 

Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah yang telah memudahkan segala proses melahirkan zuriat ke dunia. In shaa Allah lepas ni nak story pengalaman berpantang. Setiap orang ada ujian dan bahagian masing-masing. Proses mengandung aku sedikit sulit terutama bab-bab makan. Tapi tak sesulit orang lain. Proses kelahiran juga Alhamdulillah, dikira mudah. Tapi cabaran utama aku adalah ketika berpantang..

Nanti aku continue..In shaa Allah..

6 comments:

Anonymous said...

Salam, sis boleh tau berapa rate bersalin kt DBM ni?

nEd~Ya said...

salam.

sorry lambat.

kalau normal minimum tanpa komplikasi dalam RM2k.
kalo caeser dalam rm5k..

Hurein said...

tuan tanah kite nk ty ni.. Nak tanya..
kena episotomi x?
Jahitan tu cantik dan cepat baik x..
nurse atau do yg jahit..
bius atau x?..
haha banyak betul soalan kikiki... ampun ya. Harap jawab. Thanks in advance

Hurein said...

Lagi satu.. doktor mana yg best.. boleh suggest x... tq again

nEd~Ya said...

HUREIN :

Episotomi? harus kene anak sulung. hehe.. jarang2 org x kene. Tambah2 skill meneran saya ke laut. (^^,)

Jahitan tu saya x pasti cantik ke tak..tapi bila saya pergi check up gov, nurse check jugak & kata ok je. Alhamdulillah hari ke-9 benang dah tanggal. Doc yg jahit..Bius, tak rasa apa masa episotomi dan jahit. Alhamdulillah sgt..

Doctor ade dua je sini. Saya prefer doc Laili. Orangnya lembut. Siap beri reference surah2 yg boleh jadi amalan masa mengandung..siap mengaji sambil usap perut kita..;)


Anonymous said...

Sya ank no.3 dgn 4 bersalin kt DBM..yg last kena 1800 tpi dpt discount 30rgt sbb patient lama..klu mengandung lgi mmg akn ke DBM jgk sbb dctrnye ok,sya ngn dr.laili gak