Tuesday, June 14, 2011

KaweN LaGi

salam to all..

2 hari dah mula bekerja selepas cuti sekolah selama 2 minggu.. memang betul2 hari yang lemau..rasa lemah gemalai je nak masuk kelas..tambah pulak tengok markah students yang macam tak pernah belajar langsung..sakit jiwa..dan selama 2 hari ni jugak lah, aku tak masuk sillibus baru..aku dah macam penceramah bebas dalam kelas, bagi tazkirah pagi petang. biar telinga students panas..sama panas dengan hati cikgu mereka ni. haih!!!

tukar cerita...

11jun, memang banyak kenduri kahwin overlap. 2 di Ipoh, 1 di Seremban, 1 di Gombak, dan ada di mana2 lagi dah tak ingat..jadi kena buat keputusan bijak mana yang boleh pergi.. akhirnya dengan kata sepakat bersama suami, kami dahulukan kenduri mereka2 yang hadir ke kenduri kami dulu..jadi kami ke gombak untuk hadir ke majlis perkahwinan margfirah iaitu rakan kami di sekolah menengah..sampai di gombak memang awal giler, 11.45..majlis baru mula..dan tak sempat nak tunggu pengantin yang bertandang jam 1 tengahari, kami terpaksa balik sebab nak ke Seremban pula..pepun tahniah kepada beliau..tema beliau merah menyala lagi..;)

dan pengantin kedua adalah my bestie dekat UKM dulu..aishah abdul ghani..atau panggilan manja beliau ecah..beliau akan berangkat ke sabah selepas ni kerana mengikut suami tercinta yg bekerja di sana. jadi harus ke kenduri beliau kerana lepas ni entah bila akan berjumpa lagi...



cantikkan..dengan tema purple nye...;)

sekian.

No comments: