Saturday, June 25, 2011

KiSaH PeMbaZiRaN BerPeriNgkaT

salam to all...

kisah handfon...

cuti sekolah 2 minggu yg lepas, suami aku berhajat nak beli hp baru..kebetulan kedua2 hp die sekarang dah tak berapa nak ade rupa..^^, kami pun ke mid valley..kedainye kat area GSC tu...survey punye survey, yg berkenan di hati pun ditemui..suami rembat satu...sony ericson X16i ..


dalam masa uruskan pembelian, suami sibuk tanya 'u tak nak tukar ke? hp u pun dah tak berapa nak semenggah'...;p

namapun perempuan, mata rambang je..aku tak adalah minat sangat dengan gajet2 ni. kira keperluan je la. tp bila tengok yang baru, tergoda lah jugak kan.. so tengok blackberry.. rasa macam membazir plak nak habiskan 1.6k..so aku rembat yg lebih kurang macam model hp suami..nak beli yg sama memang nampak romantik, tapi bosan plak. heee..

so aku beli yg ni..taraaaaa.. sony U8i..


so balik rumah suami sibuk godek hp barunye../.aku pulak macam tak ada perasaan. biasalah beli tanpa perancangan..tiba-tiba rasa tak minat..seminggu selepasnya..kami ke mid valley lagi.. aku rasa nak rembat hp lain.. memang giler ah..sony tu pakai dalam seminggu je.. aku beli nokia E72..


yg ni cantek kan?? nampak matang. (^^,)

tp rase budus sangat sebab dua hp aku ni dah habis 2k. konon tak nak membazir beli blackberry yg 1.6 k tp berhabis 2k jugak akhirnya...sob3x.

moral of the story : setiap yg kita nak lakukan, perlu ada perancangan..kalau minat separuh hati, jangan terburu-buru membeli ye kawan-kawan...;p

*apalah nasib hp sony yg terletak bawah katil tu..membazir..nak kene jual kat member..hurm~

Tuesday, June 14, 2011

KaweN LaGi

salam to all..

2 hari dah mula bekerja selepas cuti sekolah selama 2 minggu.. memang betul2 hari yang lemau..rasa lemah gemalai je nak masuk kelas..tambah pulak tengok markah students yang macam tak pernah belajar langsung..sakit jiwa..dan selama 2 hari ni jugak lah, aku tak masuk sillibus baru..aku dah macam penceramah bebas dalam kelas, bagi tazkirah pagi petang. biar telinga students panas..sama panas dengan hati cikgu mereka ni. haih!!!

tukar cerita...

11jun, memang banyak kenduri kahwin overlap. 2 di Ipoh, 1 di Seremban, 1 di Gombak, dan ada di mana2 lagi dah tak ingat..jadi kena buat keputusan bijak mana yang boleh pergi.. akhirnya dengan kata sepakat bersama suami, kami dahulukan kenduri mereka2 yang hadir ke kenduri kami dulu..jadi kami ke gombak untuk hadir ke majlis perkahwinan margfirah iaitu rakan kami di sekolah menengah..sampai di gombak memang awal giler, 11.45..majlis baru mula..dan tak sempat nak tunggu pengantin yang bertandang jam 1 tengahari, kami terpaksa balik sebab nak ke Seremban pula..pepun tahniah kepada beliau..tema beliau merah menyala lagi..;)

dan pengantin kedua adalah my bestie dekat UKM dulu..aishah abdul ghani..atau panggilan manja beliau ecah..beliau akan berangkat ke sabah selepas ni kerana mengikut suami tercinta yg bekerja di sana. jadi harus ke kenduri beliau kerana lepas ni entah bila akan berjumpa lagi...



cantikkan..dengan tema purple nye...;)

sekian.

Wednesday, June 8, 2011

KenDuRi KenDaRa

salam to all..

wahhh, lama juga tak update..terlalu banyak cerita sampai tak ter'update'. ;)

2 minggu cuti sekolah. memang tak lekat kat rumah..berjalan sakan bersama suami.. dan bila suami kerja, aku tetap berjalan sakan iaitu ke rumah mak. ;)

cuti ni banyak pasangan2 naik pelamin. alhamdulillah dan tahniah diucapkan..


kawan suami di batu pahat, Johor (28 Mei)

bekas ousemate suami di batu kikir, negeri sembilan (29 mei)

kawan suami jugak di Kundang (4 Jun)

ha, ni pengantin lama dan pengantin baru..;) kawan sekolah rendah aku, rabiatul di batu arang.. (4 Jun)

kawan suami di taman jati rawang (5 Jun)

pasangan ni kawan aku dan suami, kami semua 1 sekolah menengah..rosmalini dan rusdy.. (5 Jun)

*semua kenduri aku pakai baju kaler merah2 + pink..

sekian