Showing posts with label Cinta Allah yg hakiki. Show all posts
Showing posts with label Cinta Allah yg hakiki. Show all posts

Wednesday, June 24, 2009

ReJaB KemBaLi Lagi..

Salam to all..


'Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan2 lain di bulan ini..kemudian diteruskan pula sehingga melewati bulan sya'ban dan seterusnya bulan paling mulia iaitu bulan Ramadhan al-Mubarrak'

Ana billah walillah ma'allah

wsalam


Friday, June 19, 2009

AmaNi



Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yg suci...

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berkhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya utk Ilahi

Menggenggan janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah
Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati....

* sy sudah cukup lelah mencipta takdir sendiri..sy serahkan semula pd DIA yg berkuasa..Semoga hari esok jauh lebih baik dari hari ini..Amin

ana billah walillah ma'allah
wsalam

Monday, April 13, 2009

CinTa vS SukA

Assalamualaikum..
entry ni dipetik dari blog mutiara hati... :)
Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.
Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.
Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.
Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.
Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.
Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.
***tapi masih tetap jadi persoalan di hati aku ni, adakah di depan org yg kita cinta, kita selamanya akan malu, kaku, dan tdk tunjuk perangai yg sebenar?? mm banyak situasi dan keadaan perlu dititikberatkan sebelum kmu klasifikasikan cinta dan suka ini..
plus, kalau kita menangis, dan org tu wat dunno je..?? x nangis bersama, malah x juga buat kite gembira.. maka tiada suka, apatah lagi cinta..yang tinggal????? pastinya HAMPA..:) baik kamu berjaga2..ehe
Ana billah walillah ma'allah..
wsalam