Wednesday, January 1, 2014

EnTry PaNjaNg BerJela-Jela DeMi 2014!

Assalamualaikum..

Selamat datang 2014 dan selamat pergi 2013 yang takkan pernah kembali..

Macam biasa, di sinilah tempat paling afdal untuk pena menari riang. (Pena ke keyboard??) Nak tulis panjang-panjang malam ni sebelum sekolah buka dan tiada peluang menulis dengan tenang lagi di sini..

Hei, tahun 2014 ni aku akan menginjak ke usia 27tahun!! Sangat teruja. Dari dulu aku suka dan sangat tak sabar untuk ke angka ini dan angka-angka seterusnya demi kematangan dan kestabilan hidup! Tak takut tua??? Ramai takut hari tua sedangkan mati itu tak semestinya pada usia tua. Jadi jalani dengan tabah dan bersangka baik padaNya. Mudah-mudahan... Kepada pemilik nyawaku, Engkau lebih tahu segala-galanya. (T_T) ***Siapa tak takut mati bila memikirkan amalan yang seciput itu!!!****

Tukar topik sebelum lebih emo!

Masa zaman remaja remaji dulu, aku target untuk kahwin pada 2014 a.k.a umur 27tahun. Sebab alasan klisenya nak kerja dulu, nak kaya dulu, nak berbakti pada mak ayah dulu, nak beli helikopter dulu dll. Tapi kewujudan boyfriend yang targetnya untuk kahwin pada usia 19 tahun amat memenatkan. Makanya, hubungan lintang pukang sebab misi dan visi tak pernah sepadan. Dan dengan ketentuanNya, umur 23 tahun ,masjid dibina atas perbincangan bersama. Alhamdulillah. 
Maka, tak jadi kahwin pada 2014, dah kahwin dulu nampaknya. Jadi azam kahwin tukar ke azam menjadi ibu pada 2014.. ;-)

Peristiwa 2013

Agak tak best

1. Awal tahun 2013 aku alami keguguran. Kalau tak gugur, aku dah bersalin bulan 10 lepas. Tapi awallah dari target. Jadi mommy umur 26 tahun (Tak ada hal pun actually). Tapi rezeki tak panjang. Dan mungkin salah aku juga, masa preggy tu aku dan suami memang tengah busy gila. Beliau tengah kursus bola untuk dapat lesen C dan aku tengah busy berkenaan hoki dan olahraga di sekolah. Asid folic yang doktor bagi pun terbiar sepi. Macam lupa dan alpa. Gila!!! Ada yang merajuk agaknya dalam perut ni. Lepas gugur, barulah rasa kembali ke realiti. Hidup bukan untuk kerja sahaja. Keluarga perlu dibina. Maka bermulalah episod sedar diri dan sedar plan asal. 

2. First time dalam hidup aku buat laporan polis. Aku dikejar mamat india lepas balik kerja kerana beliau hampir excident sebab mengelak kereta aku. Padahal beliau tak cedera, motor beliau sihat sejahtera. Tapi beliau follow aku & arah aku berhenti di tepi jalan. Since dia sihat walafiat dari mata aku, aku tak berhentikan kereta kerana banyak sangat dah cerita tak enak kalau kita seorang memandu dan ditahan lelaki-lelaki seperti ini. Kalau dia tak cederakan kita, dah tentu kita di pau nya. Maka aku terus ke Balai Polis. Beliau follow sampai pekan rawang tapi finally hilang. Alhamdulillah, aku ok walau agak trauma dalam seminggu dua tu..

Agak best

1. Alhamdulillah, kembali preggy dan dijangka bersalin pada 2014 ini. Jika anak ini dapat dideliver dengan selamat dengan izinNya, maka ternyata perancangan aku kali ini selaras dengan perancanganNya untuk memiliki cahaya mata pada usia 27tahun. Mohon doa kawan-kawan agar segalanya dipermudahkan. Amin...

2. Suami sambung belajar. Yeayy! akhirnya. Semoga beliau dapat tamatkan pengajian pada masa yang sepatutnya dengan gemilang. Aminnn..

3. Result Sains PMR 2013 menunjukkan peningkatan. Mana tak excited, majority kelas tingkatan 3 aku yang ajar. Sangat nervous tambah-tambah kata pentadbir, kena tingkatkan % sebab ini PMR terakhir. Aku dah la guru baru kat sekolah ni. Maka, hiruk pikuk hidup nak adapt dengan students. Tapi alhamdulillah, dua subjek yang menunjukkan peningkatan adalah pendidikan agama islam dan sains. Gila lega!!

4. Pastinya percutian bersama suami walau hanya ke Ipoh dan Taiping. Nak buat macam mana, nak ke Sabah terpaksa dibatalkan sebab tak boleh naik flight. Itu pasallah ke perak sahaja. Tak larat jalan. hiiiii. Apapun, complete dah lawatan aku ke seluruh negeri di Semenanjung Malaysia dalam 3 tahun. 

Rasanya itu sahaja pahit manis 2013 yang utama dan diingati..

Harapan 2014

1. Harapnya dapat deliver baby dengan sejahtera, sempurna dan dipermudahkan dari segenap aspek. Nervous yang bukan sedikit. Berkejar-kejar buat planning kerja masa cuti sekolah ni since nak cuti panjang nanti. 90 hari ok. hihi..;) In shaa Allah, lepas bersalin kalau ada kerajinan, aku akan share kan pengalaman preggy dan bersalin.. Semoga panjang umur dalam jihad itu nanti..tsk..tsk..tsk

2. Tahun ni jadual mengajar agak berbeza. Tahun 2013 hanya mengajar Sains Ting. 3 dan 4. Tapi tahun ni mengajar Sains, Kimia dan B/Inggeris. Semoga dapat hadap dengan cemerlang dan terbilang..

3. Selebihnya seperti biasa, dan macam orang lain juga aku harap aku dapat menjadi insan yang lebih baik dari yang lepas-lepas, terutama buat pandangan pemilik nyawaku.. Juga buat semua insan tersayang disekeliling aku. Moga tak ada permusuhan dan yang ada hanya kesejahteraan dalam ukhuwah dan sillaturrahim..

4. Berjaya hendaknya dalam semua lapangan dan dipermudahkan setiap kesulitan. Dibantu menghadapi dugaan dan tabah serta kuat menerima apa sahaja yang ditakdirkan. Aminnnn

Semoga panjang umur dalam kesihatan yang baik dan rezeki yang luas lagi berkat.. Amin..Amin..Aminnn...

Haaaa...panjang kan coretan kali ni????? 

Sekian!

2 comments:

farhana said...

Nad! Tahniahhhh!
Baru tau Nad preggy. Moga Allah pelihara dan bersalin dengan mudah, ameen.
Moga segala azam tahun 2014 dapat dicapai.
Happy new year cikgu Nad :))

nEd~Ya said...

Tq fana..
Hihi..alhamdulillah..
Segan la nak mention sgt selagi belum deliver..;-)
Tq atas doa..aminnn..
Happy new year fana.. semoga tercapai jugak impian 2014 kmu..