Monday, October 7, 2013

HeArThY

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, kerajinan meng'update' blog telah tiba. ;)

Cuma entry kali ni tak ada cerita yang happy. Cerita sedih..boleh? huuuuu..

Aku ni dah macam orang sakit. Sebab hati ni kejap-kejap normal and balance, kejap-kejap happy to the max, dan kejap-kejap sadis tak tentu hala. Memang la orang kata normal as human kan, tapi kali ni aku rasa abnormal sebab rasa hati ni berubah setiap hari. Malah sehari tu boleh berubah berkali-kali lagi. Aduhaiii, kena banyak mengaji ni..;(

Apa kes hati ni hari ni?

Hati dan fikiran dah agak penat.. Penat berfikir. Dah tiba masanya aku serahkan segalanya pada yang lebih upaya mengendalikannya. Aku dah penat nak create takdir sendiri. Huiiyohh, ayat!!! Maksudnya, aku dah ready to surrender. Memang susah nak faham entry aku ni, sebab entry aku dah macam diary. huuuu..
Maaf lah ye..;(

Cuma, aku tak diberi peluang. Aku rasa diadili dan dihakimi lebih awal tanpa sempat aku buat apa-apa atau buktikan apa-apa. Aku tahu aku tak ada upaya dah dan dia lebih tak berupaya dan tersepit. Aku yang kena faham. Dia berhak atas syurga dia. Aku juga perlu faham dan mengalah demi syurga aku..

Mohon DIA tak tinggalkan aku even untuk sekelip mata pun.. Kerana aku lebih tak berdaya tanpa DIA. 

Sekian..