Saturday, March 19, 2016

Assalamualaikum..



Lamanya tak update. Entah releven lagi atau tidak menulis di blog ni agaknya..;)
Tapi demi menjadikan ianya kenangan, nak sambung jugaklah al kisah hati dan hidup di sini..


Entry sebelum ni berkaitan kenangan aku berpantang dengan penuh cabaran.

Sekarang Hasrizal dah pun 2 tahun 1 bulan. Lama dah kisah pantang tu aku tinggalkan. Tapi cabaran membesarkan Hasrizal juga tak kurang hebatnya..

Selalu dengar orang kata, setiap anak cabarannya berbeza. Masa aku dalam pantang, mak selalu cerita.. Cabaran membesarkan aku adalah aku kuat menangis. Sehingga usia 7 bulan, baru sawan tangis (sawan katanyaaaa..;)) tu hilang. Kalau tak, aku mampu menangis sepanjang perjalanan dari Batu Arang ke Tanjung Malim dengan nada yang sama tanpa henti. Bayangkan???

Adik aku pula, mak aku gelar pak enjut. Nak tidur wajib masuk buai dan dienjut tanpa henti. Kalau berhenti, automatik bangun. Kalu tidur 3 jam, 3 jam lah mak aku depan buai tu. Punyalah mak aku payah nak buat kerja rumah hatta sembahyang sekali pun. Dulu buai elektrik tak ada lagi. Kalau ada pun, tak mampu beli..sobs.

So dari cerita-cerita mak, aku pun bersedia la jugak kot Hasrizal ikut perangai aku kuat menangis. Dan lagi mengharukan bila mak mertua aku kata, husband aku pon kaki nangis. Lagi parah, sampai 2 tahun setengah..Makaihhh.. 2 tahun setengah campur 7 bulan..Takkan Hasrizal nak menangis sampai 3 tahun lebih..huaaaa..Sampai kesitu aku predict..

Selepas pantang barulah aku nampak, cabaran Hasrizal ni dimana.. HAsrizal merupakan bayi yang SUSAH TIDUR. huaaaaa...mamanya suka tidur. Macam mana niiiiii...

Biasanya bayi ditepuk-tepuk, boleh tidur. Di shopping mall pun boleh tidur atas bahu ayah atau dalam stroller..Malah tidur bayi biasanya melebihi 12 jam. Tapi Hasrizal lain. Hasrizal hanya boleh tidur kalau aku ada, masa menyusu badan, atau dalam buai. Selainnya jangan haraplah even dah berjam-jam berjaga. Hasrizal hanya tidur lebih kurang 6-7 jam sehari. Malah tidur malamnya, selepas pukul 11 malam dan Hasrizal akan bangun setiap 15 minit/40minit/1jam untuk menyusu atau menangis. Bayangkan????

Jangan cakaplah, aku tak cuba ajar tidur awal. Kadang-kadang aku tahan dia dari tidur petang supaya malamnya tidur awal..Aku masuk bilik seawal 9 malam. Tutup lampu, senyap sesenyapnya. Malangnya dia melalak sebab tak nak tidur lagi. Aku pula ibu yag bekerja, Maka setiap pagi pergi kerja dengan bebanan mata yang mengantuk, badan yang lesu dan kurang semangat. (Kerja tetap produktif!! ;))

Mas atu aku sentiasa berharap, makin besar Hasrizal makin berubahnya masalah tidurnya.. Tapi nampaknya tak jugak.. Doktor kata badan Hasrizal tak naik banyak walaupun selera makan sangat memberangsangkan sebab waktu tidurnya tak cukup. Tapi apa boleh buat, budak tak mahu tidur, hihi

Selain masalah tidur, Hasrizal juga kurang antibodi. Puncanya dari hari pertama aku lahirkan Hasrizal. Husband aku flu batuk teruk masa tu. Kami tidur 1 wad. So Hasrizal dijangkiti virus flu ayahdaddy nya pada hari pertama dilahirkan. So, tak sempat badan Hasrizal nak bina antibodi sendiri masa tu walaupun menyusu badan. Maka selepas dari tu, Hasrizal mudah sakit.

Sebelum umur Hasrizal 1 tahun setengah, banyak yang Hasrizal hadapi.
Antaranya :

1) Demam sekerap seminggu sekali (flu batuk ada juga)
2) Kuku tercabut (infection sampai demam)
3) Kena air panas
4) Kena renjatan elektrik (Masuk mulut wayar buai elektrik)
5) Berak berdarah infection salmonella thyphi - admit di PPUM (Detik terbesar yang buat aku ambil madical card)
6) Pneumonia dan tonsilitis -admit Pusrawi (Alhamdulillah dah ada madical card, selesa)
7) Hand foot mouth disease (kuarantin 2 minggu)

Lepas semua ni, husband aku sediakan aku juga medical card. Pengalaman di Hospital Kerajaan dan Swasta buat kami lebih matang untuk menilai dan bersedia. 

Hasrizal juga kami provide dengan vaksin tambahan yang tak disediakan oleh Klinik Kerajaan. Antaranya Pneomococcur, Rota Virus dan campak tambahan. 

Kami kene bersedia kerana kami tahu anak kami lemah antibodi!!

Selepas umur Hasrizal 1 tahun setengah lebih kurang, barulah kami dapat nampak rutin atau jadual Hasrizal yang sedikit sebanyak dah boleh dibentuk..

- Hasrizal akan tidur dalam buai pada waktu siang sahaja. Malam, tak perlu buai. (sebelum penetapan begini ada, kami memang huru hara. Kejap angkut buai, kejap tidak. Kejap tidur bawah, kejap masuk buai. tidur buai kadang kala 15  minit je, lepas tu melalak nak turun  buai. Kiranya kami bersedia je bila-bila Hasrizal nak berbuai)

-Dan Hasrizal tak kerap lagi sakit. Yang ni yang paling penting..

-Hasrizal akan tidur sebelum pukul 12.30 malam. Dan hanya akan bangun maksimum dua kali sahaja untuk menyusu,..Inilah rahmat paling besar. Sebelum umurnya 1 tahun setengah, Hasrizal akan bangun 15minit sekali. Tidur tak pernah melebihi 2 jam. Bangun berkali-kali untuk menyusu hingga menggagalkan penyusuan badan sepenuhnya. Walaupun kecewa, aku bersyukur sebab yang penting adalah kesihatan kami. Waupun Hasrizal tak dapat penyususan badan sepenuhnya, tapi aku selalu berdoa supaya aku sihat. Kalau aku tak sihat, siapa yang mampu layan jadual tidur Hasrizal yang tak menentu malah kerap tak sihat..;(  Hasrizal taknak tidur dengan orang lain. Dan aku tak pernah ajar dia tidur malam walau dengan opah  dan atuk nya. So aku sangat bimbang kalau aku sakit. Dan alhamdulillah, sampai umurnya sekarang, aku tak pernah demam atau sakit yang teruk-teruk..satu yang sukar dipercayai... Sihat demi layan kerenah hasrizal,.. Ni juga rahmat besar untuk aku..

Selain cabaran nyata di atas, hasrizal pernah diuji dengan sakit di alam tak berapa nak nyata. Menangis melalak for no reason. Kami bawa berubat. Sekejap ok, jadi semula. Yang ni mungkin salahnya dari kami selaku ibu bapa. Kami tetap dengan active life style kami even ada anak kecil. aku angkut Hasrizal kemana sahaja tak kira waktu. . (Pernah ke hot spring Sabah, hutan tebal kami redah bawa hasrizal..huhu)

Tapi syukurla, Hasrizal tak lama diuji begitu. Walaubagaimanapun, cabaran ni memang tak boleh nak lupa. Jeritan tangis Hasrizal cukup menggugat kertabahan aku. Sudahnya, mak long aku yang jadi asbab Hasrizal sihat dari semua tu. Maklong urut dan bekalkan minyak dari Mekah. kemana aku bawa Hasrizal, aku sapu minyak tu. Alhamdulillah, Hasrizal ok.

Haaaa..ni lah antara cabaran membesarkan Hasrizal hingga dua tahun..Belum lagi termasuk cabaran Hasrizal lambat berjalan. hihi.


HAsrizal masa berumur 1 tahun 5 bulan. (Masa ni belum berjalan sendiri..;p)

will be continue...

#Apapupun, apa yang aku alami ni sebenarnya sekecil-kecil cabaran berbanding ibu-ibu di luar sana yang diuji dengan ujian yang lebih hebat. Sesungguhnya Allah menguji mengikut kemampuan umatnya.. sekadar perkongsian pengalaman aku sendiri dan entry ni aku wujudkan sebagai kenangan buat anakku sendiri. Sekian