Assalamualaikum..
Wahhh lamanya tak update, serius tak ada masa. Tambah-tambah baby dah berumur 1 tahun 4 bulan, tengah melasak. Setahun lebih dah berlalu dari entry sebelum ni. ;)
Tapi kenangan bersalin dan berpantang masih segar dalam ingatan. Sebelum terlupa moh update!
BeRpAnTaNg~
Aku tak berdisiplin. Sangat!!! Pantang macam tak pantang. Aku dah cuba sehabis baik, tapi orang sekeliling kata aku lasak sangat masa pantang. ;(
Sepanjang berpantang 44 hari , cabaran demi cabaran mendatang. Ujian demi ujian kena tempuh. Nak cerita satu persatu, memang kena tulis novellah kan. So tak sanggup ok. Ingatkan mengandung dan bersalin je disulami sakit dan ujian, Rupanya aku lebih diuji masa berpantang.. Apa yang berlaku??
Masa pantang, macam-macam aku kena :
- Mata bengkak, Alergik. Serius macam kena tumbuk. Pergi klinik pun malu. (T_T)
- Suspect denggi..Rupanya bentan! Demam hingga 38.3 C dan sendi lenguh-lenguh.
- Pengeluaran darah meningkat padahal dah minggu kedua bersalin. Suspect tumpah darah, tapi rupanya ada gumpalan darah yang belum keluar (kena scan semula).. Terbayang-bayang kalau Doktor nak seluk. Huaaaa..
- Lepas hari 44, boleh berlari dah. Tak sakit. Tapiiiii....bekas jahitan macam terbuka. Only a small gap and looks like darah beku. OMG!! Doktor nak jahit semula ke ???? Lariiii.
Tapi alhamdulillah, lepas sebulan (usaha sendiri) semuanya back to normal. No gap and wound anymore. Lega seleganya. Macam-macam aku hadap sampai doctor nak refer aku semula ke hospital. Bayangkan tahap stress dan milk production aku. Of course merudum. Berpantang dan air mata macam tak dapat dipisahkan. Apalagi ulang alik klinik dan hospital. Sampai suami tunda study. Tak meroyan?? Nasib tak!
So adakah u nak expect I akan mengandung semula selepas beberapa bulan??? huahuahua..Memang kena hold dulu la kan sebab I trauma. tsk tsk tsk. Plus, aku nak fokus pada si kecik ni dulu. Tak sampai hati nak bagi adik saat dia tak putus susu lagi dengan aku. Walaupun aku plan nak beranak nonstop supaya umur 33 boleh stop beranak dan umur 40 anak dah besar-besar. haha. Plan perlu diubah nampaknya. (^^,)
Apapun, syukur alhamdulillah sebab suami always support dan principal kami sama. Untuk memiliki anak memang tak susah. Tapi kena ingat, anak tu amanah. Kuantiti bukan lagi isunya but quality. Setiap satu yang kita perlakukan pada anak, akan diperhitung kelak. So aku dengan suami memang ada principal sendiri. Nak ikut orang beranak, memang tak la kan. Sebab tu lepas 4 tahun berkahwin, baru kami ready untuk memiliki cahaya mata. Dalam 4 tahun tu, berpuluh kali orang tanya pasal anak, mandul la, tak pandai la, tak power la..Tapi alhamdulillah, aku dan suami tak melatah pun. Malah kami tak ambil pusing. Anak bukan kereta, anak bukan mainan. Sekali Allah dah anugerahkan, berkali-kali kita kena syukur dan bersedia untuk berkorban. Apa yang pasti, setiap orang ada pandangan berbeza dan ini hanya pandangan aku yang kerdil ni.;)
......................................
Ok, short entry je kali ni (short ke??;)). Will be continue. Next entry, nak story tentang anakanda yang merupakan bayi yang sukar tidur. Antibodinya yang agak rendah dan penyebabnya..;(
Masa ni umur Hasrizal 7 bulan.;)
** Its not easy to raise you up baby. But you are my precious. Sumpah akan usaha menjadi mamamommy yang super power. haha. Nite beautiful people.