Saturday, July 27, 2013

RamaDhaN ~ AidiLFitRi 2013

Assalamualaikum..

Lamanya rasa tak update blog. Ramai juga member-member blogger aku yang dah tak update blog since sekarang ni ramai lebih gemar update perkembangan hidup melalui instagram, twitter dan facebook..

Tapi nak cerita panjang-panjang gini, blog jugalah aku cari. Takkan nak membebel dekat facebook, ramai pula menyampah nanti..;)

Alhamdulillah.. Dah separuh Ramadhan kita kemudi..
Semoga ada peluang beribadah di 10 malam terakhir dan bertemu dengan Ramadhan seterusnya. Aminnn...

Ramadhan kali ni beri ujian yang agak besar untuk aku dan suami bila mana gastrik aku menyerang seminggu sebelum Ramadhan. Melepek dan terbaring. Memang gantung kuali sungguh-sungguh kali ni. Boleh kira berapa kali je aku memasak untuk suami berbuka kali ni. Rasanya 3/4 kali sahaja dan itu pun sayur dan nasi!!

Yang lain semua di beli. Nasib ada 1 kedai di Taman Jati (bukan bazar) yang jual lauk pauk yang sesuai dengan selera suami. Yang masak pun memang tukang masak dan biasa dengan catering dan bisnes makanan. Jadi in shaa Allah rasanya tak mengecewakan..  Di bazar biasanya aku cari kuih muih dan air sahaja. Dan tahun ni paling kurang ke bazar.. Baru 3 kali rasanya. Kesihatan tak mengizinkan..

Raya!!! Dah plan beraya di mana tahun ni??

Alhamdulillah, berkat kahwin dengan orang dekat, tak ada pening-pening nak balik mana. Pagi raya baru fikir.. Dan semestinya 1 raya dapat jumpa family sendiri dan family suami. Itu kepuasan raya aku~

2 tahun berturut-turut (2011/2012) pagi raya aku ke rumah family aku sehingga tengahari. Dan tengahari balik ke kampung suami bersama keluarga mertua. Satu dan dua raya akan beraya bersama keluarga suami yang besar dan 1 hari mesti menjejaki lebih dari 10 rumah. 

3 raya baru ikut family aku pula ke rumah saudara mara sebelah aku. Begitulah rutin setiap tahun. Tapi tahun ni mungkin akan berubah disebabkan kesihatan aku yang tak berapa nak molek, aku tak rasa aku mampu ikut keluarga suami seperti tahun-tahun yang lepas. Berpuluh-puluh rumah 1 hari. Memang meriah tapi badan tak kuat..sobs..;( So mungkin 1 raya paginya menjenguk mertua dan tengahari aku ikut family aku. Dua raya baru join family mertua semula ke kampung suami.. in shaa Allah. 

Baju raya macam mana?

Hurmmm, setiap tahun paling payah nak pakai baju yang glamour-glamour, manik bagai, berfesyen dan bercutting sebab 1 raya dan dua raya terlalu banyak rumah yang dilawati. So tak sesuai. Kasut raya pun pakai dalam kereta je. Keluar kereta seret selipar Jepun. hihi. Sebab kami berkonvoi berpuluh-puluh kereta. Nak masuk rumah saudara dah tentu pijak-pijak selipar, bersempit dan sebagainya. Jadi aku pilih cotton dan selipar. Boleh??? ;) 

Lebih malang lagi aku beli baju raya seawal bulan 3..memang fesyen dan outdated! masa tu pula berat aku naik 7 kg. Tapi semalam masa fitting semula, baju nampak besar..waahhh dah kurus..Turun 5 kg penangan sakit...  Jadi macam mana ni???????

Nak beli baru?? Nak kecilkan?

Masa jalan-jalan cuci mata baru-baru ni, ingat nak cuci poket sekali. Beli balik baju raya tapi kebanyakan baju adalah peplum dan sarat dengan manik dan lace. Yela fesyen sekarang kan.. Tapiiii.... huuuu..

Makanya mana nak carik kedai jual cotton kurung biasa??? Kalau ada pun, tak banyak dan mungkin kurang menarik..Sadis~

huaaaaaaaaaaa.....