Friday, January 25, 2013

TahuN Baru 2013..

As Salam..

Hooyehhh, dah terlambat dan sangat terlambat..

Setiap tahun aku akan update entry akhir tahun dan awal tahun tepat pada masa..Tapi kali ini.... Oh My Blog.. Sepi tanpa khabar..dan lebih haru, aku baru perasan komen-komen blogger pada entry 2,3 bulan yang lalu.. Maaf kawan, teman dan sahabat...Aku baru je balas semua komen-komen tu..;)

Alhamdulillah...Syukur Ya Allah atas nikmat kehidupan sehingga ke hari ini...
2013, aku masih bernafas dengan sempurna..Syukur tak terhingga..

Jadi, dalam masa yang aku ada ni, macam biasa aku akan recap peristiwa sepanjang 2012...

Antara peristiwa besar yang berlaku tahun lalu:

1- Aku dapat berpindah tempat kerja.. Dari Sungai Besar ke Rawang. Usaha dan semangat yang bukan sedikit dari suami, akhirnya membuahkan hasil. Sekarang aku bertugas di Sek. Men. Keb. Taman Desa. 

2- Aku bercuti selama 5 hari 4 malam bersama suami ke Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis. Kemudian bersambung ke Pahang bersama adik aku.

Alamak, macam tu je yang ada dalam memori aku... Apa lagi ye??? hurm, itu lah antara yang manis yang aku ingat setakat ni. Yang lain dah tak ada dalam ingatan. heeeee..

2013~

Beberapa perkara manis menjengah ku di tahun baru. Syukran Ya Allah..

1- Aku bertukar sesi mengajar dari sesi petang ke pagi. Aku memang tak berapa gemar mengajar di sesi petang. Sebab bagi aku, permulaan hari yang baik adalah bekerja di pagi hari. Di sekolah lama pun, aku mengajar pagi. Jadi tak berapa nak betah bila tahun lepas, aku kena ke tempat kerja pada tengahari. Nasib baik hanya untuk 3 bulan sebab aku masuk sekolah baru pun dah akhir tahun, jadi main sumbat je subjek ape pun dan sesi ape pun..Tahun ni, aku kembali ke sesi pagi, memang sangat teruja. Alhamdulillah aku mengajar tingkatan 3 dan 4 sahaja.. Tak melibatkan SPM. lega untuk tahun ini..;-)

2- Berkat doa dan kesabaran aku, akhirnya persahabatn kami bertaut kembali.. Bayangkan kami kenal dari umur 6 tahun (pra sekolah)..Terpisah di sekolah rendah, dan berjumpa semula di sekolah menengah. terlalu banyak kenangan manis dan pahit antara kami. Sehingga kami belajar di Uni yang sama, satu bilik yang sama (short sem) dan banyak lagi..Malangnya, 2009 mula memisahkan kami. Perkara kecil yang dibesarkan oleh orang ketiga buat persahabatan kami seperti tiba di penghujungnya. Aku redha.. Allah pinta pengorbanan aku. Aku rela. Tapi dari tahun itu, aku tak putus-putus berdoa agar kebenaran tersingkap. Perkahwinan aku menemukan kami, tapi sekadar memenuhi undangan kerana ibu bapa kami juga saling kenal dengan baik. Kemudian kami terpisah semula. Aku bawa haluan aku apatah lagi aku dah berkahwin...Tapi doa adalah penghubung kami dan aku sentiasa mohon agar Allah beri keizinan untuk kami bertemu dan berbaik semula.

Dan nah.. Allah izinkan walaupun selepas 2 tahun. Terima kasih Ya Allah. 2013 membawa kami bersama semula. Terlalu banyak salah faham. Apatah lagi, sengketa yang berlaku adalah ketika kami masih terlalu mentah. Dan sekarang kematangan telah memandu kami agar memaafkan dengan ikhlas dan saling menghargai antara 1 sama lain. Semoga segalanya terus baik, dan jika ia berulang 1 hari nanti, moga kami dapat lalui dan selesaikan dengan cara yang lebih matang. Sesungguhnya, pertolongan Allah adalah paling sempurna...

kami pada tahun 2008 kalau tak silap di UIA Gombak.

kami, baru-baru ini di Papparich Rawang. 
*Tak banyak yang berubah*

Banyak lagi perkara pahit manis..tapi tak tahu kenapa, ini sahaja yang aku ingat untuk dicoretkan.
Apapun, setiap yang baik diharapkan berkekalan. Yang tidak baik itu diperbetulkan dan dijadikan tauladan..

Sekian untuk kali ini.. wassalam.