Thursday, September 26, 2013

ExAm~

Assalamualaikum...

Hey, dah nak PMR.. So scary..;(

8 kelas tingkatan 3 di sekolah aku..dan diajar oleh 3 orang guru. 4 kelas adalah di bawah tanggungjawab aku. Mana tak scary...;(

Usaha dah bermula sejak Januari 2013 lagi. Mengajar, mendidik, menjerit, mengawal, mengamuk semua menjadi satu. Pelajar bertumbuk depan mata, pelajar mengamuk, pelajar melawan, pelajar ponteng, pelajar tidur dalam kelas, pelajar tak buat kerja/latihan, pelajar bercakap dan bermain serta 1001 watak pelik dan menyakitkan dah aku rasa. Walaumacamanapun, kaki ni terus juga melangkah kerana masih ada pelajar yang gigih, pelajar rajin, pelajar santun, pelajar ingin berjaya, pelajar penuh cita-cita, pelajar lemah tapi sentiasa berusaha dan 1001 watak yang mampu buat aku tersenyum. Selebihnya, aku tak betah duduk rumah tidak bekerja. Sebab aku jadi lebih malas dan tak energetik. Lebih baik berkerja selain ada income sendiri untuk diperhabiskan. (^^,)

Pasal letih tu biasalah..dan kadang-kadang terungut dan merungut dengan sendirinya sampai rasa nak jadi suri rumah. Tapi aku pernah je cuti 2 bulan (cuti sekolah akhir tahun).. Awal-awal memang seronok, masuk 2 minggu dah tak tentu arah.. Maka, aku sesuai bekerja.. 'BUAT MASA INI" laaa kan.. Kena lapik dalam berkata-kata..;-) 

Dan esok adalah penamat iaitu hari terakhir sesi pengajaran dan pembelajaran untuk tingkatan 3 tahun ini..Minggu depan bermula Majlis Restu Ilmu dan Peperiksaan sebenar..Doa dan tawakkal. Perasaan ni akan ku tanggung selagi bergelar guru dan jika bergelar ibu. Mana anak murid nak exam, anak sendiri nak exam.. Maka sentiasa berharap yang terbaik untuk mereka. Amin..Mudah-mudahan..

............................
sekian.

Sunday, September 15, 2013

HaRi MaLaYsiA IsTiMeWa

Assalamualaikum..

16 September 2013.. Selamat Hari Malaysia buat warga Malaysia..;)

Eh, belum lagi ye? Esok rupanya. So Selamat hari Malaysia in advance...;)

Dan dan dan....

Selamat hari ulang tahun perkahwinan yang ke-3 buat kami! (gila skema~)

Yeayyyyy!

Wish sehari awal ye sebab esok mesti tak sempat update! Sebab tak lekat kat rumah.. ;-)


Husband and i..

Dear hubby, 
Hurmmmm... actually,  I can't believe that it has been 3 years since we got married. How time flies.. ;) Sebelum kahwin dulu macam-macam fikir.. How hard married life is, how hard its going to be and bla bla bla.... And now let me tell you dear, it's been wonderful so far. Alhamdulillah.. I can't say I know what the future holds but so far so good. Mudah-mudahan ikatan ini kekal hingga akhir hayat.. Aminnn...

Dear, do you remember when we were 1st dating? Do you remember talking on the phone for hours and hours about anything and everything? Do you remember the joy of being in love and knowing you were loved back just as much?? Sumpah, mesti you tak ingat kan? (^^,) Perempuan je selalu ingat perkara/benda remeh begini. hihi.. Apapun, jangan terlupa siapa wife you sudah lah..;)

And you know what?? I noticed that my life has changed so much, and I as a person have changed even more. Thank you husband coz brings so much laughter, happiness and fun to my life and yet you also keeps me calm and grounded! Alhamdulillah..

Happy anniversary to the love of my life. Thank you for everything you have given me! Semoga jodoh kita berkekalan. Andai terhenti separuh jalan dan apa pun sebab yang memisahkan kita, ketahuilah bahawa doa dan restu I sentiasa mengiringi you~

With love.
~PearLneDya~


**Dah tiga tahun berdua, mengikut perancangan asal, 2013 adalah tahun terakhir berdua.. huuuu ...**

Saturday, September 7, 2013

SoBs~

Assalamualaikum..

Sementara menunggu pizza delivery ni, terasa nak tulis sesuatu.. Pasal perasaan.. hihi..

Sikit je nak meluah.. Tak tertanggung pula kadang-kadang..(T_T)

Dah lama tak berjauh dengan suami. Semalam beliau ke Johor.. Alah, Johor je pun bukan Mesir pun kan. Tapi ditinggal sehari macam sebulan rasanya. Macam rasa gedik tapi nak buat macam mana, realiti apa yang dirasa..Tengah malam nanti baru beliau pulang. Semoga selamat sampai, aminnnn....

Dan lepas ni masa kami akan sangat terhad. Tak boleh berjalan sakan macam dulu. Sabtu ahad dah tak boleh shopping dan mengukur jalan. Bukan tak boleh langsung tapi perlu sangat-sangat dikurangkan...

Sedih tak?? sedih tak???? huaaaaa.. Aku akn ditinggalkan setiap minggu.. Kena ada anak sebagai peneman nampaknya sekarang ni.. Kalau tak, boleh mati kutu kat rumah bila weekend! 

Apa pun, sebagai penguat semangat, aku perlu sedar yang setiap sesuatu yang manis perlukan pengorbanan yang maha besar..

Sedia tak??? (T_T) 
Tak ada jawapan..

Sekian..