Monday, April 8, 2013

WoRkaHoLiC~

Assalamualaikum..


Minggu sibuk dah bermula semula..

Kalau sebelum ini aku aktif tertonggeng-tonggeng di Stadium Kuala Selangor hingga aku keguguran, minggu ni aku akan sambung keaktifan tersebut di Stadium Hoki Jalan Tun Razak pula.

Workaholic? Apakah?

workaholic is a person who is addicted to work. 

Am i addicted to work? 

Entahlah. Susah nak jawab. Suami dah mula bising..Tapi aku bertahan dan buat tak reti. Degil!

Dulu masa aku bekerja di Sungai Besar, aku kerap mengalami masalah keculasan. Terutama bila tiba hari Isnin. Mulalah nak MC atau cuti sebab tak nak balik ke sana. Itu bukan diri aku tapi keadaan selalu paksa jadi begitu. Salahkan keadaan??

Jadi aku selalu sedih sebab tak dapat berkhidmat dengan baik.  Now Allah izinkan  aku berpindah sekolah yang lebih dekat dengan rumah. Syukur tak terhingga. Aku buktikan yang aku tak culas. Tak MC, tak cuti. ;-)  Barulah aku rasa lega bila dapat bekerja penuh khemah dan komited. wahhh! currlassss..*malas sikit-sikit tu biasalah kan. Tapi mulut je mengeluh, tangan dan kaki tetap laju bekerja* Sehingga bulan 3 aku bertahan sampailah aku alami keguguran, terus MC seminggu. Aduhai. flat juga akhirnya. 

Adakah ini kesan workaholic??

Susah nak cakap. 

Aku disarankan berpantang seperti orang bersalin. Tak boleh bergerak bebas, cerdas dan cergas serta kena jaga makan.Kena berbengkung dan bertungku. Tapi dasar manusia tak reti nak berpantang. Hari kedua gugur, aku dah memandu.

Kena marah!!. Mak, ayah, mak mertua, suami, kawan-kawan. Semua marah-marah. Kebetulan suami aku kursus, lagilah aku slumber. Tapi since suami tiada di sisi, mak yang jaga aku dan aku kena berbengkung, bertungku dan makan makanan yang tidak menyelerakan.. Apa boleh buat, demi kesihatan pada masa depan, aku turutkan. 

Suami pernah cakap, dia nak jaga aku sendiri jika aku berpantang. So memang dia buktikan. Hari ketiga aku berpantang (dia balik dari kursus), terus aku di bawa pulang. Beliau yang jaga dan urus segalanya. Wahhh! speechless..;)

Then seminggu je, Alhamdulillah rasa lebih sihat. 

Tapi ingatkan kat sekolah, boleh makan ikut suka. Banyak pulak yang kawal. Rakan-rakan guru sangat menjaga. Alhamdulillah, semua membantu. ;-)

Cuma sampai sekarang, aku tak berurut lagi. Punyalah tiada masa. ;(

Minggu ni dah tentu tak nampak dah semua tu selain Kejohanan Hoki..

YaAllah, risaunya. Memang rasa sihat even tak berpantang tapi sebenarnya kesan tak berpantang ni akan timbul bila umur mula 30-an. Nauzubillah..

**Jadi nasihat aku, jaga diri baik-baik. terutama masa anda berbadan 2,3 atau lebih. Jangan jadi macam aku yang boleh bersuka-suka minum air bikarbonat, berlari-lari macam diri tu atlet, bekerja macam engkau seorang je bekerja dalam dunia ni...;-)

Sekian. 

Friday, April 5, 2013

Cikgu Pelik~

Assalamualaikum..Syukur sangat masih diberi peluang bernafas di bumi Allah ini. Apatah lagi pada hari Jumaat, penghulu segala hari atau hari raya yang disambut setiap minggu oleh umat islam. Makanya, kena bergembira dan tersenyum di hari raya..(:

Sebut tentang hari raya, teringat pula Hari Raya Aidilfitri. Dah buat persiapan? Waaahhhh, currlasss gitu, belum Ramadhan dah fikir Syawal. Aku la tu....heee ..Baju raya pun dah hantar jahit. Memang sejak turun temurun, baju raya akan dihantar awal. So nak raya nanti tinggal sikit-sikit je lagi yang belum siap. Sebab masa tu kita perlu bagi tumpuan sepenuhnya pada Ramadhan. In shaa Allah..;)

Tema ??
Inilah tahun pertama yang berjaya buat aku pening kepala pilih tema. Tak tahulah kenapa. 

Aku dah prepare kain ela kaler merah, biru turqoise, dan green. (dalam proses jahit)

Cuma tak pasti yang mana nak di match dengan baju melayu suami (hari raya pertama)

Dan tiba-tiba baru-baru ni aku berkenan baju kurung moden yang dah siap jahit kaler mint (hijau turqoise).. beli pulak sepasang..

Lepas tu terbeli pula yang lain... dan yang lain lagi...

Baju suami? masih tak beli sebab tak tahu warna apa untuk baju melayu dan warna apa untuk t-shirt dek kerana aku tukar tema setiap kali masuk kedai..;(

Astagfirullah. Hidup ini bukan untuk raya semata-mata..haiaaasshhhh..jangan tiru sikap bosos ini..

Tu pasal raya..

Kurang 100 hari lagi nak masuk Ramadhan. Yabeda beduuuu..Alhamdulillah..;)

Bulan penuh barakah. Dapat kah kita bertemu lagi Ramadhan tahun ini? Tiada siapa tahu dan boleh beritahu. Hanya berdoa agar dipanjangkan usia..Aminnnn...

..................................

Pernah buat perkara pelik??

Jarang atau tiada.. Tapi 1 bulan yang lepas, itulah yang berlaku pada aku acapkali..

Kejadian pertama : Aku ke sekolah dengan memakai jersi suami. Aku tak sedar sehinggalah aku sampai ke sekolah..Itu pun kawan aku tegur sebab nama belakang jersi tu nama suami.

Jawapan aku : heeee..saya suka pakai baju suami since dah gemuk ni. lol!

Kejadian kedua : Aku berada di stor sukan sekolah... Dengan suara yang confident aku arah pelajar ambil lembing  Pelajar terpinga-pinga. Aku pula dah mula menyinga bila arahan hanya dipandang sepi. 

Pelajar : Mana lembingnya cikgu??? mana?? tak ada pun.

Aku : Ambilla yang tu. tak nampak ke?? tu la...yangg tuuuuu ---->

Rupanya aku yang tak boleh beza cakera dan lembing, Mulut aku menyebut lembing tapi jari aku mengarah ke cakera. Padahal jauh gila rupa, saiz dan bentuk! Apa kes?? Padanlah student naik biol!

Kejadian ketiga : Aku parking kereta depan market. Lepas beli barang, dengan confidentnya aku tekan alarm kereta. Meluru nak masukkan barang. Tapi kereta masih terkunci. Ehhh, tadi dah tekan alarm buka..Kenapa tak buka?? Tekan sekali lagi. Tapi ni bunyi alarm untuk lock kereta. Kenapa ni ?? Rosak ke? Usaha sehabis baik buka kereta. Tak hirau orang sekeliling. 

Rupanya kereta orang lain. Memang kaler kereta sama tapi masalahnya design kereta berbeza. Itupun tak boleh kenal??? Masya Allah..Kalau ada yang lihat kejadian tu, mesti senyum kambing. Belum lagi owner kereta tu tengok!!hantuk kepala ke dinding agaknya. 

Puas aku fikir kenapa jadi macam ni.. Selepas 2-3 minggu baru aku tahu. 

Aduhai.. malu sungguh~

Nasiblah aku tak ke sekolah jalan kaki sebab terlupa aku ada kereta. Kalau jadi macam tu, memang terjun bangunan je lah paling sesuai. 

Astagfirullah~

Sekian.