Tuesday, March 26, 2013

TerSeNyuM SePanJanG HarI~

As Salam..

Happy holiday diucapkan kepada semua yang bercuti terutamanya guru-guru seluruh Malaysia dan semua pelajar sekolah yang dikasihi sekalian. ;)

Selasa..

Banyak yang aku nak tintakan hari ni. Kalau rasa-rasa boring atau menyampah maaflah. Tapi aku nak tulis juga ye..;)

Perkara 1 :

Rasa nak hantuk kepala ke dinding berkali-kali selain menggantung kaki ke atas dan kepala ke bawah bila aku baca semula entry-entry lama aku sejak blog ini dirasmikan. Perkataan-perkataan paling afdal untuk diberikan pada aku ketika itu adalah :

  • unmatured
  • crazy
  • annoying
  • gedik
  • swinging bowl
macam mana aku boleh tulis entry sebegitu rupa? Astagfirullah. ampun maaf dipinta kepada semua blogger yang baca. Dan ampun maaf kepada diri sendiri kerana membodohkan diri ketika itu. Kebanyakan entry macam orang meroyan kat blog sendiri. huaaarrgggghhhh.. *ke entry ni pun meroyan juga???

*malunya* (T_T)

Perkara 2 :

Bukan mudah kita nak asimilasi dan adaptasi diri kita  ke dalam budaya orang lain. Aku ramah pada keadaan tertentu dan dengan orang tertentu.. Aku boleh jadi diam dan pasif dengan orang tertentu dan pada keadaan tertentu. Bukan kerana tidak suka tapi kerana belum serasi bersama. Ini perlu masa. Aku anak kampung walau dilahirkan di key-ell (: 

Sebab aku masih makan sambal belacan, ulam-ulaman dan masih banyak western food yang tak dapat melepasi tekak ni. Tapi tak semua budaya kampung juga boleh menguasai diri ini.

Umpamanya aku tak berapa gemar ambil tahu kisah orang sekeliling selagi mereka hanya mengumpat kosong dan bercerita hal yang tak berkesudahan. Sampai suami kata yang aku ni sesuai duduk dalam hutan, tak perlu jiran. Agak kejam di situ. Agak-agakla duduk dalam hutan, bagila kondo sebiji ke kan. ;p Bukan tak ambil peduli, tapi budaya aku memang begitu dari dulu. Dibesarkan di taman perumahan dan semua buat hal sendiri. Memang tak bagus hatta tak sempurna iman jika kita tidur dalam kekenyangan tapi jiran sebelah kelaparan. Tapi semua ni ambil masa. Dan aku pula orang yang tak suka buang masa. *ada kene mengena ke??

Perkara 3 :

Curlasss you all kalau you all dah berubah ke jalan yang lebih baik. Dulu gila-gila, sekarang santun je. Dulu pakai jeans, sekarang slack je. Dulu tudung atas dada, sekarang tudung melepasi pinggang...fuhhhh alhamdulillah dan sekalung tahniah..

tapi..........

Kalau dulu mesra dan ramah, kenapa sekarang tidak lagi? 

Bayangkan kita kawan baik, belajar bersama, ketawa bersama.. lama tak jumpa. Tiba-tiba jumpa di hari bahagia, kita umpama tak kenal antara satu sama lain. Awok diam membisu dan hanya senyum macam kita memang tak pernah rapat sebelum ini. Itu perubahan baik ke??;( Lainlah kita berlainan jantina, itu nenek aku pun faham. 

Tak apalah. Orang tak sudi.. 

Perkara 4 :

Dah lama tak teman mak ke surau perumahan aku dulu. (Bukan nak cerita pasal geng surau) Suami aku kursus dua minggu, jadi aku duduk dengan mak. Teman mak ke mana dia pergi. Setiap kali aku ikut mak, ada 1 jiran ni akan tanya mak 'ehhh, ni anak akak yang baru kahwin tu kan??"

Rasanya dan 3 kali dia tanya. Bermula 2011, 2012 dan 2013.

Tahun pertama dan kedua mak kata 'aah, ye' sambil tersenyum..

Tahun ketiga, aku yang senyum, tapi mak aku jawab 'dah 3 tahun kahwinnya.. macam tu jugalah.'

Boleh tak aku jawab 'Tak sama dah mak. Semua baju kurung, seluar, t-shirt dah tak muat. Itulah perubahan besar dalam 3 tahun'

Secara fizikal memang tak ketara, tapi secara timbangan, berat aku dah naik 8.5.kg selepas kahwin. 

Terima kasih.

Perkara 5 : 

Prinsip hidup ni mudah bila kita lakar ia mudah. Sesiapa yang sudi berkawan, aku pasti menerima. Memaafkan sudah pasti, aku tak nak hidup dalam keadaan banyak musuh dari teman. Jadinya, aku memaafkan semua dan setiap tahun sekurang-kurangnya masa bulan puasa, aku akan memohon kemaafan dari semua. Terserah kalian nak memafkan atau tidak. Aku hanya mampu berdoa. Yang datang untuk bersahabat, aku terima dengan kesyukuran. Yang menjauh kerana entah kenapa, aku panjatkan doa supaya diberi hidayah. Percayalah, hidup aku lebih tenang selepas memaafkan dengan ikhlas. IKHLAS. Aku pernah maafkan, tapi sekadar di bibir. Jadi tak ke mana pun, tetap dendam itu datang. Tapi sekali ikhlas itu terjah, tersenyum lebar sepanjang hari. Rasa beban di hati hilang serta merta. Indahnya kemaafan. Tak percaya?? Boleh cuba..;)

Sekian. terima kasih bagi yang sudi baca entry panjang lebar hari ini. Nak sambung study. Selamat tersenyum dan bersedekah.