Wednesday, February 29, 2012

DaH LaMa Tak MenuliS EsSaY

salam to all

trauma semakin pulih. walau hampir setiap jam mengenangkan detik duka itu.

setiap hari ahad aku dan suami akan bermalam di kuala selangor. kira dah macam hotel sendiri lah. muka yg sama setiap minggu...maka isnin paginya aku akan drive ke sungai besar dan suami akan ke tempat kerjanya. barulah kami berpisah sebelum bertemu semula pada hari jumaat. itu lah rutin setiap minggu semenjak setahun yg lepas. bak kata ayah 'rutin menghabiskan duit'..;) bak kata suami 'demi isteri'..dan bak kate isteri 'demi suami' ;-)

tapi ahad yg lepas, baru nak gerak hujan turun mencurah2..

aku minta suami gerak lewat sikit tapi beliau agak degil.. katanya boleh pakai baju hujan. memang la boleh tapi hujan lebat sangat, aku naik kereta tak apalah..tapi beliau naik motor, mana lah aku nak tenteram. tapi kedegilan beliau buat kami gerak juga dalam hujan tu.

biasanya aku gerak dulu sebab aku nak check in. tapi hari tu aku rasa nak follow betul2 belakang beliau. hujan lebat tak boleh drive laju2. sebab jalan kat highway LATAR memang lain sikit..walaupun suami bagi sign supaya jalan dulu, tapi aku tetap di belakang beliau..
giliran aku plak berdegil..

betul2 nak exit Latar, mata terpaku pada motor beliau yg mula hilang kawalan dan akhirnya terbabas masuk jalan besar. macam nak pengsan aku rasa...'suami aku ke tu???'

rasa nak brek mengejut dan terbang dapatkan beliau tapi bila sedar ada bus kat belakang, maka kena juga parking dgn santunnya . turun kereta, berlari dgn heels nya tanpa kesah mata yg memandang. tak kisah juga kereta yg lalu lalang..mesti mata2 yg memandang sangat pelik sebab ada juga wanita nak bantu lelaki yg eksiden. tak pernah berlaku kot. ok, sebab beliau suami aku...mereka semua tu tak tahu..*melalut

dalam berlari tu, rasa jauh sangat jarak aku dan beliau. geram betul. kenapa tak sampai-sampai. ??suami pun dah mula menolak motor ke tepi..terhenjut2. sakit mata hati ini melihatnya. ada juga pengguna jalan raya nak hulurkan bantuan tapi suami still boleh bangun..apa yg boleh aku buat? menangis.. *leceh betul perempuan ni.

Alhamdulillah. nasib baik beliau tak jatuh dan terbabas masuk ke jalan aku..kalau tak, aku pula yg langgar beliau.. dan hamdulillah masa terbabas ke jalan besar, traffic light dari arah kanan masih merah.. kalau hijau??? tak dapat dibayangkan..;(

degil beliau bukan sedikit. lepas jatuh, aku nak patah balik ke rawang. tapi beliau ajak teruskan perjalanan. aku suruh beliau tinggalkan motor, naik 1 kereta, beliau naik juga motor. degil betul. dengan handle bengkoknya, kami terus ke kuala selangor. dalam kereta, aku menyumpah2 kedegilan beliau dgn air mata mencurah2. aku follow beliau sampai kereta belakang bg lampu. slow sangat. ada aku kesah??

then baru kami ke klinik, esoknya aku cuti dua hari. patah balik ke rawang dan x-ray kaki beliau. alhamdulillah tak ada retak, apa lagi patah. cuma alignment lutut lari sikit. motor hempap pada kaki kiri beliau yg pernah patah suatu masa dulu. tu yg agak malang..;(

melihatkan keadaan beliau, tak nampak worse sangat. tapi yg worse adalah mental, emosi dan perasaan aku. menyaksikan suami sendiri eksiden depan mata. mana lah aku tak trauma. lalu je kawasan tu, menangis mcm kemalangan tu berulang...;(

kesimpulan : beliau memang degil. lebih degil dari aku rupanya.
sekian..tamat sudah sesi meluahkan perasaan yg terganggu melalui karangan ringkas ini~

Thursday, February 23, 2012

PeNgaLaMaN AbSeiLiNg

salam to all..

Pernah abseiling?

abseiling : menuruni curam dengan menggunakan tali

kalau pernah, mesti hebat pengalaman tu..

Jumaat lepas, aku bawa students sekolah aku ke Maktab Tentera Diraja di sungai besi sempena kursus kepimpinan pengawas..

kat sana students kene abseiling, jungle tracking, merempuh halangan, masak dalam hutan dan macam-macam aktiviti lagi.. dulu aku juga dah merasainya masa aktif berpengakap. sekarang masih aktif tapi sebagai guru pengiring pula. teringat2 memori di sekolah masa aktif di hutan dan camping dulu.. ;)

yg bestnya, disaat kawan2 seusia aku sibuk di pejabat bekerja, sibuk menyambung sarjana, sibuk membesarkan keluarga, aku masih berpeluang untuk bekerja sambil aktif dengan pelbagai aktiviti. Yg bergelar guru je dapat 2 in 1 macam ni tau.. alhamdulillah..;) *walaupun dah mula rasa nak berhenti kerja... haha..

aku paste gambar2 kenangan di sana. abaikan segala yg pelik, seksis dan menggelikan dalam gambar2 ni..


ok, ni menara yg harus dipanjat dan dituruni...abg2 tentera dah bersedia di bawah..

proses memakai segala keperluan abseiling.

ok, ikat talinya kuat2.. nervous jugak masa ni..

masa untuk turun..yabedabeduuuu

awal2 je nervous, bila dah mula turun, rasa cool!

masa ni sempat lg abg2 tentera suruh aku lepaskan tangan dari pegang tali..& pose sikit utk ambil gambar.. *hebat la kunun lepas2 tgn tu!

selesai.... rasa nak lagi dan lagi..;)

sekian.~

Wednesday, February 22, 2012

DiARi KeRja

salam to all

kerjaaaaaa...

bertimbun-timbun.

masih tertunggak:
-kertas kerja lawatan pengawas
-taip buku peraturan sekolah
-minit mesyuarat prostar
-kemaskini buku kedatangan kelas
-kemaskini data murid
-perlembagaan prostar
-dokumentasi setiap event kat sekolah
-kemaskini buku rekod guru

dan lagiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! banyak lagi. tak bernafas nak menaipnya..

nasib baik kertas exam pelajar untuk sains dah siap dgn jayanya hanya dalam 3 jam.

sekarang? nak masuk kelas. petang ni ada 2 meeting. gerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr... malas.

blog ni dah jadi diari kerja nampaknya!

**esok gaji. jumaat sabtu ahad nak p habiskan gaji. jalan-jalan dengan suami lupakan hal kerja yg tak berkesudahan.

sekian

Monday, February 6, 2012

TenTanG AyaH

salam to all..

semalam 5 feb 2012 adalah hari ulangtahun kelahiran ayahanda ku yg ke 56 tahun.

Alhamdulillah masih bernafas dan sihat di samping isteri dan anak2 beliau.

maka malam sebelumnya, kami adik beradik termasuk mak berpakatlah untuk buat sedikit tanda kesyukuran dan jamuan.

menu:
nasi dagang (haruslah bukan aku yg masak.. mak masak..;p)
ayam percik
nasi impit *macam sambut raya
dan menu2 sampinganlah.

happy birthday daddy!

alhamdulillah, semuanya berjalan lancar..

buat ayah :

semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan jalan untuk menjadi tetamu Allah di Mekah kelak. Amin.....

sedikit tentang ayah :
1) beliau menghantar dan mengambilku dari sekolah semenjak tingkatan 2 hingga tingkatan 5 tanpa jemu. menghantar ke kelas tuisyen, menghantar ke stesen komuter atau bus bila nak keluar dgn kawan-kawan dan setia menunggu aku pulang ke rumah hujung minggu masa di matriks, UKM dan maktab.

2) beliau akan mengambil tahu dengan siapa aku berkawan, tinggal mana, anak siapa dan nak keluar ke mana.. kalau tak, jangan harap dapat izin keluar rumah.

3) masa aku masuk asrama dan menggatal nak keluar asrama, tak ada siapa nak layan homesick aku tu.. beliau yg naik turun kementerian dan berulang alik ke Cheras sempena melayan kerenah aku nak balik ke sekolah lama.

4) masa di asrama (tingkatan 4) beliau setia menunggu panggilan aku. (asrama tak boleh bawa hp, maka akulah pengguna setia public fon)..

5) semasa di matriks, ukm, maktab hatta sekarang pun kalau aku berada di sungai besar, beliau akan call aku HARI-HARI! even dah bersuami, beliau tak pernah lepaskan tanggungjawab itu sepenuhnya..im touched!

6) dan 1001 lagi pengorbanan beliau.

terima kasih ayah. i love u so much.

*setiap kali tulis entry tentang ayah atau mak, empangan di mata ini pasti akan pecah.