hey guys, hepi new year..
heeee, walau dah terlambat 9 hari..
biasalah baru buka sekolah, sibuk memanjang..;)
cuti dah habis. sangat sadis oke. tak sabar tunggu chinese new year pula. even aku mengajar di sekolah agama, tapi sekolah tetap cuti seminggu. tang ni memang liokee habiss la kan..(^^,) *tapi cuti berganti ye. senyum sekarang, menangis di kemudian hari nampaknya!
mengimbas cuti sekolah yang lepas, aku ke langkawi bersama suami.. kemudian kami plan ke penang sempena percutian bersama keluarga pula.. malangnya tak jadi atas sebab2 tertentu..
aku dan suami tak kan berdiam diri di rumah, maka tukar plan. pergi dekat-dekat je pun..kami bermandi manda di Ulu Kalong. syiokk. sewa 1 rumah/ wakaf siap boleh BBQ Rm100 1 hari.. mandi manda sampai petang bersama sanak-saudara sebelah suami..
gambar tak dapat lah nak upload sebab memang tak ambil gambar pun..lol!
kemudian 1 hari tu teringin nak makan marry brown.. nak tahu kami ke mana?? kami membonceng motor ke Genting utk makan marry brown. heeee..
suami aku memang suka naik genting. bukan nak main pun kat atas tu, setakat nak bersejuk-sejuk dan makan-makan. selalunya kami naik kereta sebab aku ni penakut sikit, tapi hari tu kami pergi naik motor. dah la lepas hujan, sejuk giler.. bercakap pun keluar asap. memang macam kat obersea la kata org.. ;)
aku rasa tak bertembung pun dgn mana-mana motor sepanjang kami daki genting. memang lap nye maut habis. istighfar je aku melayan kegilaan incik suami. lepas makan, kami turun semula dari genting.. berapa kali aku berhenti dan turun tepi jalan sebab kaki lenguh atas motor. huuu..*macamana nak join suami round malaysia naik motor dgn bapa mertua cuti raya cina ni????

sesampainya di genting..senyum pun tak berapa nak lebar sebab bibir naik beku..
*sebelum ni aku sibuk kata genting dah tak sejuk.. tak sangka kali ni, kabus tebal gila, tak nampak jalan...sejuk sesangat!!
berakhirla cuti sekolah dgn 1001 kenangan. ~
BACK TO SCHOOL...
sadis.. basah lencun bahu dan lengan suami dek air mata aku. malas nak balik sungai besar...gerrrrrr...
dan hiruk pikuk lah aku bekerja sekarang. dengan pendaftaran pelajar form 1 nya, orientasi depa lagi, meeting sana sini, arrange kelab, persatuan, unit uniform dll.. biasalah semua baru nak mula. maka boleh gila~
tadi mengajar respiration & blood circulation untuk pelajar form 3. tak tahulah aku goreng apa. balik bilik guru, check buku.. hurmm, apalah yg aku ajar tadi. huaaaa....
sekian.