Wednesday, January 25, 2012

CuTi CNY~

salam to all

masih bercuti. ;)

sabtu (21 Jan) aku ke Kluang, Johor. Kenduri kahwin sepupu. first time jadi pengapit bersama suami. nasib majlis berjalan lancar.

sebelum mengapit pengantin, macam-macam dah aku fikir. nervous jugak sebab majlis dibuat di dewan besar. Perarakan menaiki tangga dewan yg agk tinggi..siap diiringi ahli-ahli pengakap Negeri Johor. Perggh, rasa seperti aku pulak yg kawen. lebih nervous dari pengantin.. heeeee..

Kot la, aku pula tersadung kaki ke, terkehel kaki ke..mahu nye tertarik pulak vail pengantin sebab nak berpaut. kan haru biru majlis. nasib itu semua hanya ilusi. aku dapat berjalan sambil pegang payung & kipas dengan ayu dan lemah gemalai sekali. (^^,)

gambar??? tiada.. kemudian akan di upload bila dah dapat dari pengantin....^^,

petangnya shopping di ayer hitam. kalau ikut hati, boleh penuh kereta dengan bantal-bantal comel angry bird. nasib suami halang. maka beli seketul dua je..;(



..............................

hari isnin (chinese new year), rasa sangatlah bosan kat rumah. maka plan nak kaluar jalan-jalan dengan mak & ayah. mereka on saja sebab dua-dua dah pencen. maka nak holiday hari-hari pun beres..;) nak jauh2 tak dapat lah sebab suami tak cuti lama.. maka kami decide ke Port Dickson sahaja nak mandi manda. terus bertolak. jammed giler keluar tol PD tu.. tapi nak berjalan punya pasal, jammed2 tu nombor dua..;)

Hotel pun penuh. Nasib ada juga rezeki bermalam di Sunshine hotel. kat PD tak ada apa pun, maka kerja kami mandi manda dan makan-makan sahaja...

selasa petang, bertolak balik ke rawang. Alhamdulillah selamat perjalanan..

Dan hari ni teman mak shopping di Jalan Tar dan Sogo..;-)

sekian~