Sunday, January 29, 2012

GeRRRrrrr~

salam to all

memang terbaik hari ini..

keracunan makanan yang menuntut perlumbaan mengejar bilik air secara bergilir-gilir antara aku dan suami. bahana makan kenduri kahwin~

melepek dan kelesuan dari jam 2 pagi hingga 6 petang.

sekian~

Thursday, January 26, 2012

SaDiS~

salam to all

'Blood circulation and transport..'

huaaaa.. tolong..

rasa menyampah dgn diri sendiri bila bukak je buku, rasa nak tidur la, rasa nak tgk TV la..

tengok pulak tajuk2 Biologi dalam sains tingkatan 3 ni.. sangatlah letih!!

macamana nak mengajor ni.. apa pun tak ingat. nak kene study semula & refresh. tapi malangnya, tengok je nota, tembus. melayang entah ke mana.

;(

...........................

Masa zaman belajar2 dulu, ada masa rasa down macam ni bila mengadap buku tapi tak faham-faham..

apa yg boleh dibuat pada masa tu adalah menangis..*macamlah kalau nangis, boleh faham..;) tapi itulah aku, kalau dah study gila babas, tapi tak faham2 dan tak ingat2, mula la banjir mata ni..

waktu tu mak mesti datang teman dan cakap macam ni 'mak tak pandai dik. kalau mak tau, mak dah ajarkan'...

dialog ini akan bg semangat yg bukan sedikit pada aku..

Ohhh my...

air mata pun dah mula menitis ni!..entah bila lagi dialog mcm tu akan menyapa telinga ..

sekian~

Wednesday, January 25, 2012

CuTi CNY~

salam to all

masih bercuti. ;)

sabtu (21 Jan) aku ke Kluang, Johor. Kenduri kahwin sepupu. first time jadi pengapit bersama suami. nasib majlis berjalan lancar.

sebelum mengapit pengantin, macam-macam dah aku fikir. nervous jugak sebab majlis dibuat di dewan besar. Perarakan menaiki tangga dewan yg agk tinggi..siap diiringi ahli-ahli pengakap Negeri Johor. Perggh, rasa seperti aku pulak yg kawen. lebih nervous dari pengantin.. heeeee..

Kot la, aku pula tersadung kaki ke, terkehel kaki ke..mahu nye tertarik pulak vail pengantin sebab nak berpaut. kan haru biru majlis. nasib itu semua hanya ilusi. aku dapat berjalan sambil pegang payung & kipas dengan ayu dan lemah gemalai sekali. (^^,)

gambar??? tiada.. kemudian akan di upload bila dah dapat dari pengantin....^^,

petangnya shopping di ayer hitam. kalau ikut hati, boleh penuh kereta dengan bantal-bantal comel angry bird. nasib suami halang. maka beli seketul dua je..;(



..............................

hari isnin (chinese new year), rasa sangatlah bosan kat rumah. maka plan nak kaluar jalan-jalan dengan mak & ayah. mereka on saja sebab dua-dua dah pencen. maka nak holiday hari-hari pun beres..;) nak jauh2 tak dapat lah sebab suami tak cuti lama.. maka kami decide ke Port Dickson sahaja nak mandi manda. terus bertolak. jammed giler keluar tol PD tu.. tapi nak berjalan punya pasal, jammed2 tu nombor dua..;)

Hotel pun penuh. Nasib ada juga rezeki bermalam di Sunshine hotel. kat PD tak ada apa pun, maka kerja kami mandi manda dan makan-makan sahaja...

selasa petang, bertolak balik ke rawang. Alhamdulillah selamat perjalanan..

Dan hari ni teman mak shopping di Jalan Tar dan Sogo..;-)

sekian~





Sunday, January 15, 2012

RiMaS & LeMaS

salam to all

..
dari kecil, ayah tegas..
berdisiplin..
tepati masa..
jaga janji..

ayah kata, itu semua melancarkan kerja..

waktu aku kecil2, aku tak rasa tu semua penting..
aku buat ikut kepala aku..

bila dah meniti remaja, zaman belajar dan kerjaya, aku nampak kepentingannya..
hingga bila aku praktikkan, orang sekeliling tak selesa..member baik pun tak nak 1 group dgn aku bila buat asignment. (^^,)

tapi seriously, bukan nak berbangga-bangga..
aku dah terbiasa macam tu..
hingga aku rimas dengan org yg melambatkan kerja aku.
sebab tu kadang-kadang aku suka bergerak sendiri, tak perlu kerja berkumpulan atau bersangkut paut dgn orang lain..

orang meleweh-leweh, menangguh-nangguh, ternganga-nganga, tertunda-tunda atau lebih tepat lagi terhegeh-hegeh..

aku rimas.

hingga ada rasa nak berkata begini *kalau tak boleh ikut cara aku, dan sememangnya aku tak boleh ikut cara kau, lebih baik jgn ada urusan antara kita. ikut haluan masing-masing.

*terasa kejam dan garang di situ..

sekian~

Monday, January 9, 2012

WaLaU Dah TerLamBaT~

salam to all..

hey guys, hepi new year..

heeee, walau dah terlambat 9 hari..

biasalah baru buka sekolah, sibuk memanjang..;)

cuti dah habis. sangat sadis oke. tak sabar tunggu chinese new year pula. even aku mengajar di sekolah agama, tapi sekolah tetap cuti seminggu. tang ni memang liokee habiss la kan..(^^,) *tapi cuti berganti ye. senyum sekarang, menangis di kemudian hari nampaknya!

mengimbas cuti sekolah yang lepas, aku ke langkawi bersama suami.. kemudian kami plan ke penang sempena percutian bersama keluarga pula.. malangnya tak jadi atas sebab2 tertentu..

aku dan suami tak kan berdiam diri di rumah, maka tukar plan. pergi dekat-dekat je pun..kami bermandi manda di Ulu Kalong. syiokk. sewa 1 rumah/ wakaf siap boleh BBQ Rm100 1 hari.. mandi manda sampai petang bersama sanak-saudara sebelah suami..
gambar tak dapat lah nak upload sebab memang tak ambil gambar pun..lol!

kemudian 1 hari tu teringin nak makan marry brown.. nak tahu kami ke mana?? kami membonceng motor ke Genting utk makan marry brown. heeee..

suami aku memang suka naik genting. bukan nak main pun kat atas tu, setakat nak bersejuk-sejuk dan makan-makan. selalunya kami naik kereta sebab aku ni penakut sikit, tapi hari tu kami pergi naik motor. dah la lepas hujan, sejuk giler.. bercakap pun keluar asap. memang macam kat obersea la kata org.. ;)

aku rasa tak bertembung pun dgn mana-mana motor sepanjang kami daki genting. memang lap nye maut habis. istighfar je aku melayan kegilaan incik suami. lepas makan, kami turun semula dari genting.. berapa kali aku berhenti dan turun tepi jalan sebab kaki lenguh atas motor. huuu..*macamana nak join suami round malaysia naik motor dgn bapa mertua cuti raya cina ni????

sesampainya di genting..senyum pun tak berapa nak lebar sebab bibir naik beku..
*sebelum ni aku sibuk kata genting dah tak sejuk.. tak sangka kali ni, kabus tebal gila, tak nampak jalan...sejuk sesangat!!

berakhirla cuti sekolah dgn 1001 kenangan. ~

BACK TO SCHOOL...

sadis.. basah lencun bahu dan lengan suami dek air mata aku. malas nak balik sungai besar...gerrrrrr...

dan hiruk pikuk lah aku bekerja sekarang. dengan pendaftaran pelajar form 1 nya, orientasi depa lagi, meeting sana sini, arrange kelab, persatuan, unit uniform dll.. biasalah semua baru nak mula. maka boleh gila~

tadi mengajar respiration & blood circulation untuk pelajar form 3. tak tahulah aku goreng apa. balik bilik guru, check buku.. hurmm, apalah yg aku ajar tadi. huaaaa....

sekian.