Thursday, September 29, 2011

EnTry TanPa PloT & AraH TuJu

salam to all

tak boleh tidur..

bangun..

bukak lappy..

off..

bukak semula...

off...

bukak lagi....

ok..update!

sedang mencari material untuk buat soalan2 exam akhir tahun.. (macam nak cipta lagu je bunyinye)

tapi mood hilang entah ke mana..

blurrr...

rasa nak balik, jumpa suami..

pulangkan stokin bola dia..

aku curik..

semata2 nak pakai tidur..

dia tak sedar pun.. sebab dia tak pernah lipat baju kat umah.. keh3x

.............................

kenapa kisah stokin pulak ni....

.............................

sekian!

Tuesday, September 27, 2011

STReSs

salam to all..

hari yg sangat teruji..

sangat stress dengan pengisian borang secara online. kejap ok, kejap ko. 2 minggu ni kerja aku naik turun naik turun jumpa pentadbir. telefon orang JPN, PPD dan sebagainya..orang sana pun dah meluat layan panggilan aku.. balik2 masalah sama..

so kalau tak nak bermasalah lagi akan datang, baik layan masalah aku ni sekarang!!!

tapi depa tak faham..dan aku pun buat2 tak faham..so perkara ini semakin meruncing..

akhir : nangis... = tu je kerja aku..

yg melayan nangis aku dah tentulah suami aku.. die pun lintang pukang kerja sebab melayan masalah aku..

.............................................

dalam keadaan stress tadi, aku lepak kat Bilik Operasi Peperiksaan (BOP).. biasanya aku akan borak2 dengan ustazah2 & ustaz2 kat sini.. dapat lah jugak kurangkan stress.. tapi hari ini, perkara yg memalukan telah aku lakukan..

huaaaaaa....bengong!

aku masuk bilik BOP, duduk sebelah seorang ustazah..

ustazah : nad tak sihat ke?

nad : tak lah , ok jer.

ustazah : muka nampak pucat. mengandung memang mcm tu...sabar byk2..

hurmmm...apa lagi....

tersembur air dari dalam mulut nie...

dan terkena....

baju ustaz........

huaaaa.. nasib lengan baju.. kalau kena muka dia ke...

giler betul hari niiii....

tapi stress berkurang sebab lepas tu semua pecah perut ketawa..

*sekolah ni ustaz/ustazah sporting2 belaka...;)
* siapa pulak buat cerita ni?????? perlu di selidik!

sekian.

Tuesday, September 20, 2011

PaHiT MaNis KeHiduPan

salam to all..

cerita 1 :

15/09/2011 :
Petangnya ke klinik.. dup dap dup dap....
beristighfar...ayat kursi entah berapa puluh kali...
masuk..cool kan diri secool yg boleh..
bius 2 kali....
mulut membengkak seia dan sekata..tangan menggeletar.. sempat SMS incik suami
'nak menangis.....'...oowhh terasa lemah diri ini.. tiada yg menemani di sisi...

15 minit kemudian..
belah..darah memancut..bergelimpangan dalam mulut..
tapi tak begitu sakit kerana bius..kebas..
gigi juga terpaksa di korbankan..kerana risau infection berlaku pula pada gigi..
doktor kata 'ini gigi susu!!!'
what????? 24 tahun masih ada gigi susu..
so terpaksa relakan..
cabut....
(ada saudara guru di sini, masih ada 3 batang susu sedangkan sudah punyai 3 org anak)
sebelum gigi susu itu jadi hitam, baik tanggalkan..

maka, semalam aku ke klinik lagi untuk rawatan susulan.. dan minggu depan sekali lagi ke klinik, mungkin untuk X-Ray..

huh!! pray 4 me guys...

Cerita 2 :
16/09/11
hari ulang tahun perkahwinanku yang pertama..
alhamdulillah..dah setahun rupanya..kadang2 masih tak percaya sudah bergelar isteri..
tapi tiba2 dah menjangkau 1 tahun..
syukran yaAllah..
semoga jodoh ini berkekalan.. Amin..

Wednesday, September 14, 2011

KeS 1 & 2

salam to all..

kes 1 :

jumaat lepas aku ke KLIA menghantar adik ipar yg nak fly ke canada.. dalam perjalanan, aku dapat text dari ustaz sekolah menyatakan kematian seorang anak murid sekolahku akibat kemalangan...

rasa terhenti seketika jantung..

allahyarhamah meninggal dunia akibat berlanggar dengan traktor padi ketika dalam perjalanan ke sekolah untuk menghadiri kelas tambahan..

walaupun aku tak mengajar kelas arwah, tapi aku kenali arwah dgn baik.. arwah selalu mewakili sekolah dalam pertandingan tilawah Al-quran..arwah seorang pelajar yg bijak dan baik pekerti.. semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman... Amin... Al-fatihah..

kes 2 :

esok sudah hari khamis...kecuakan sudah tiba ke kemuncak.. aku akan ke klinik esok.. menerima rawatan yg aku jangkakan sangat perit.. dah la di perantauan.. ke klinik tanpa suami dan family di sisi..sadis2x....

kalau lepas rawatan, aku tak boleh drive macam mane???????????? tumpang tidur di klinik lah nampaknya sampai suami datang ambil...huuuu

semoga segalanya berjalan lancar esok..amin...
*kalau berlaku pendarahan macam mana??? glurpppp...




Thursday, September 8, 2011

KemaTian itu PasTi

salam to all..

pagi ini, rasa semangat nak masuk kelas.. biasalah dah hari khamis.. esok nak balik rawang.. tu yang happy..tambahan pula, hari khamis kelas tak berapa banyak..berbanding hari selasa dan rabu..jadual pack!!

tapi pagi2 mak dah sms menyatakan kematian 2 insan yg aku kenali.. jiran kami dari kecil.. saudara sesama islam.. meninggal akibat kemalangan..

gugup..terduduk..

hilang dan pergi segala semangat dan senyuman..

pelajar : 'cikgu sakit ke???'

ya..jiwa ini bergetar...sakit mendengar kematian insan2 tersebut..

yaAllah, bagaimana aku mati kelak?

*sesungguhnye kematian itu pasti..tidak lambat atau cepat walau sesaat pun..

Tuesday, September 6, 2011

Al-KisaH Raya 2

salam to all

sebelum raya, memang aku decide tak masak rendang bagai.. kira nak tumpang mak atau mak mertua je lah.. (bagus punye isteri..;))

bukan hape, ingat senang ke nak masak rendang & kuah kacang bagai tanpa mentor (mak) di sisi?? setiap tahun, aku jadi pembantu setia je..tapi tahun ni kene buat sendiri. OMG.. agak tak bersedia di situ..

tapi kesian pula tgk si suami..nak tumpang rumah mak/mak mertua malam raya nak makan rendang.. jadi 2 hari sebelum raya aku tukar keputusan. kene buat sendiri rendang, kuah kacang dan nasi impit!!!

bayangkan hari ahad tu baru nak beli segala bahan..pagi sampai ptg sibuk di pasar & pasaraya..malamnya lepas teraweh tak larat pulak nak prepare bahan.. aku postpone keesokan harinya..

antara bahan yg diperlukan..

isnin : pagi sibuk kemas umah.. tengahari baru dapat sediakan bahan2 nak masak rendang.. suami nak rendang cili api.. so tak perlu guna cili merah.. tapi since nak buat kuah kacang, cili kering merah harus ada juga..*seperti gambar di atas..

aku kene blender cili merah..masalahnya aku adalah wanita yg sensitif kulitnya.. tangan tak boleh pegang cili..cepat pijar..selalu mak yg tolong atau aku pakai sarung tangan.. malangnya rumah aku tak ada sarung tangan..hentam je..so apa lagi?? bermula 2 ptg, tangan pijar dengan hebatnya sampai pukul 6 ptg.. itu pun aku gagahkan diri untuk goreng kacang, kisar jugak cili, kisar bahan2 rendang, blender kacang walau jari jemari terasa panas dan melecur.. kalau tak buat, takkan nak postpone lagi.. esok dah raya... huaaaaa...

yg kiri : cili kering yg dah direbus dan dikisar. sebab cili ni lah tangan aku pijar..erggghh..
yg kanan : bahan2 rendang yg dah dikisar..

sebab dah tak tahan, ptgnya aku ke klinik. doktor pun gelak.. tak ada lagi org pijar tangan sampai kene jumpa doktor.. huu.. selalu aku pijar dalam 1 jam je.. ni sampai 4 jam..mana boleh tahan).. segala cara aku cuba, letak garam lah, susu pekat lah, beras lah, kicap lah.. tapi tak berkesan..at last, carik doktor.. ;)

malamnya aku berbuka kat luar. lepas tu lepak rumah mak mertua.. balik rumah dah nak dekat pukul 10.. rendang tak beroperasi lagi.. tangan alhamdulillah dah sihat. dengan lincahnya aku terus merendang ayam dan merebus nasi impit.. kuah kacang tak dapat buat nampaknya.. tak sempat. tapi tak apa, suami request rendang je pun...heee..

kacang yg siap di goreng dan dikisar.. tapi tak jadi kuah kacang. heee.. insyaALLAH minggu ni buat kuah kacang..;)

maka, siaplah rendang versi mdm pearl...taraaaa....*tak berapa clear gambar.. biasalah camera cikai je..;)


ni rendang cili api.. warna kuning..
kalau hitam tu, rendang tok..
kalau merah sikit/coklat pekat tu rendang cili merah..
kalau pekat minyak, tu rendang serbuk kari..


yg ni nasi impit.. suami aku pelik tgk aku letak nasi impit bawah lesung batu.. nama pun nasi impit, kena la himpit kan...;)

*aku buat cili api sebab tu kegemaran aku & suami..alhamdulillah siap jugak.. ;p
1 raya tengahari nya dah habis..^^,
sekian..

Monday, September 5, 2011

Al-KisaH Raye 1

salam to all..

mood raya di sana sini..

tapi dah masuk minggu bekerja semula.. tensinye.. ramai dah mula kerja hari ini.. tapi aku akan mula berkhidmat demi anak bangsa bermula esok. cuti lebih sehari..;)

malas yang maha hebat melanda diri.. petang tadi drive 70-90km/h je. sampailah ke sungai besar.. tekan pedal minyak pun tak lalu..tak nak balikkkk...huaaaa...

apapun, jumaat ni segeralah tiba hendaknya. mahu pulang ke rawang semula. itulah kerja aku, menghitung weekend tiba..

ok..sekarang kisah raya..

raya pertama : aku beraya di rumah mak di taman jati.. kemudian ke kuang (kampung suami)..petangnya ke subang ke rumah adik beradik/sanak saudara sebelah bapa mertua.. sampai rumah dah tengah malam..zzzzzz

raya kedua : beraya ke rumah sanak saudara ibu mertua. sampai ke felda soeharto, jeram, dan sungai besar..baliknya sangkut pulak dalam jammed selama hampir 2jam sampai tanjung karang.. sampai rumah pun tengah malam..penattt..zzzzz

raya ketiga : beraya di gombak dan semenyih.. saudara sebelah ayah aku..

raya keempat : beraya ke rumah kawan2 di rawang..

raya kelima : beraya di kalumpang dan tanjung malim.. melawat sanak saudara sebelah mak aku..

raya keenam : beraya di klang..

jadual padat..fuhhh.. sempena dah jadi isteri orang, maka bertambah banyaklah rumah2 perlu dijengah sepanjang raya..

apapun aku dah tunaikan janji aku.. sepanjang raya aku tak pakai tudung bawal atau selendang.. semua tudung atap genting.. tudung yg dijahit mengikut ukur lilit kepala & pipi aku. heeee.. barulah ada selesa nak pakai..;) kawan2 kerja sibuk cabar aku.. haaa, la ni aku tunaikan.. ;)


raya pertama.. family aku tema hijau muda.. aku dah terkeluar dari list tahun ni.. huuu.. tema aku purple..;)

with family..kakak aku beraya di rumah mertua.. tema beliau sekeluarga adalah kuning.. *tiada gambar


aku dan suami..


owh lupe, ade 1 tak beratap genting..tapi tak juga tudung bawal atau selendang.. ;) ni raya ketiga kalau tak silap..tak pakai baju raya pun sebenarnye ni ..huuu


kat rumah atok dan wan..tema aku dan suami kuning hijau..


sempat juga ke rumah kawan2 rapat pada raya ke-4 dan ke-5..



ni raya ke-5 kalau tak silap..tema : oren..;)

gambar2 ini harus jadi bukti..heee...
*tudung atap genting di atas sudah diperakui dan disahkan oleh suami..;)

SALAM AIDILFIRI UNTUK SEMUA...