Sunday, January 31, 2010

GeMBiRa KaH?

Salam to all..

dah 2 minggu tak balik rawang. apakah perasaan?

entahlah, sukar untuk di gambarkan apalagi untuk menulis di sini.

jadi lupakan.

semalam.... (maksud aku jumaat)

kelas Ilmu pendidikan (IP) 3 jam. tapi lecturer tak ada. sesedap rasa kami diarahkan untuk membantu entah lecturer mana untuk punggah stor. WTH.

penat..tapi..

taraaaaa....sempat bergambar..=)



dengan tshirt maroon yang sama..

sementara tunggu kije setrerusnya, belaja ikat tie. hehe..


pearl, ayu & pija

nampak gembira je aku kat sini kan??

wassalam.

Friday, January 29, 2010

ShORT BrEaK

salam to all

hari jumaat..

hah??

baru hari jumaat?????????????? baru 2 minggu aku kat sini!!!!!!!!!!

tapi dah rasa macam berbulan lamanya. OMG!! terasa lambatnya masa berlalu.

esok nak jalan2 area JB. carik barang sebenarnya. terlaloo banyak yg nak di borong. paling tak tahan nak survey harga kayu hoki. WTH!

wassalam

Thursday, January 28, 2010

NaK MeMBeBeL SeKeJaP!!

Salam to all

sangat teringin..teringin dengan sgt!

untuk berdendang syg meng'explore' blog2 kalian. drop komen2 indah di entry2 terbaru kalian..

kalian = kawan2 bloggers sekalian alam.

tapi malangnya, aku ader 13 asignment setakat ini.. dalam 13 tu ade anak2 lagi. mungkin boleh capai sehingga 20 asignment. semuanya aku dapat bermula isnin minggu ini. baru 3 hari tp dapat asignment macam dah belajar 3 bulan. oohhh cukup2lah aku merungut. mule meluat dgn diri sendiri.

jadi, aku langsung tak berpeluang menjenguk blog2 kalian. ape agaknya khabar kalian? baikkah? update kah tidak? ohh aku mula skema..

ok, aku nak tidur..hari ni tak sentuh langsung mane2 asignment. semalam pon begitu. entah bila nak mula. tak ada masa, tak ada kesempatan. kelas penuh, malam plak attend aktiviti surau & blog asrama. bilakah!!! bilakah???? bilakah asignment yg berlambak tuh akan mula berusik dan berkurang kuantitinya.????

..... soalan yg tiada jawapan..

* 2 hari berperang dgn incik kuzer..dulu aku kata nak kije, die suruh jadi suri umah. kalau nak kije, die minta aku jadi guru atau kerja2 di bidang pendidikan je. katenya nampak sangat manis dgn seorang wanita. so aku hampiri impian tersebut sebab tak nak jadi suri umah.. now ade sikit gangguan jiwa. rasa nak jadi suri umah je plak... leh tak yuyunk!!!? huhuhu..jgn mare!


Wednesday, January 27, 2010

JiWe AdE SiKiT TeRCaLAR

Tiada lagi tempat berkongsi segalanye. lu tanggung lah sendiri lu punye masalah!

Saturday, January 23, 2010

CeRiTa AKu DaRi JaUh

salam to all

minggu ni aku berhajat nak balik rumah. tapi malangnya ada kelas ganti sempena tahun baru cina. maka terkuburlah hajat aku yg aku rasa sgt mulia tu. pagi ni dengan semangat seram sejuk nak ke kelas ganti, dapat tahu pulak kelas hari ni di batalkan. seperti yg kita semua sedia maklum, Almarhum Sultan Johor telah mangkat. Al-Fatehah..kami akan berkabung dgn memakai tudung putih ke kelas selama seminggu.

so dengan penuh longlai, aku balik ke bilik. kelas tak jadi, balik rumah pun tak dapat. buat kawan2 yang kental, terus beli tiket & balik KL pagi tadi. tapi aku tak mahu. dengan kadar kelam kabut yg boleh tahan tingginya dan kerja yg banyak (dalam minggu orientasi dah dapat asignment..wahh!) , maka aku tahan diri dari beli tiket balik. tak larat aku balik sehari je, esok dah nak amik bus semula ke JB. ohh tidak!

so adalah aku menghuni di sini dengan penuh bosan. (sekarang bosan kurang keje, start nex wik mula bosan banyak kije..adeh!!)

cerita semalam :
aku dengan kawan UTM aku, (kalau kenal baguslah, namanya incik azam sahri) dan teman tapi mesranya telah ke stesen bus Larkin. ingat nak survey je tiket balik KL raya cina ni..tapi terus beli..tiket dah banyak habis. so even kelas habis tengahari on 12 februari nanti, aku tak dapat balik terus. tiket aku petang. ceh!

kuzer aku nak ambil, tapi kerja la plak, jumaat pon kan. dia nak ambik cuti, tapi semata-mata nak ambik aku, so mak aku kata tak payahlah. biar aku belajar naik bus. huahuaaaa..tapi balik dari raya cina, nak kuzer anta jugak..tak kire! ye yuyunk!! boleh ye...=)

wassalam

Friday, January 22, 2010

SeMiNggU LeBiH TaNpA ALaM MaYa

salam to all

lame giler tak update. sgt2 rindu utk menaip dgn tenang dan berkaliber seperti selalu. tapi ape kan daya, kehidupan aku sudah alami perubahan. sudah seperti menyertai akademi polis. ohho, kehidupan yg sgt2 berdisiplin dan terkawal. jiwa tenang ku sudah digugat oleh jadual yg ketat. ini harga yg perlu aku bayar utk 1 kerjaya yg menjamin masa depan. malangnya aku tak kental mana, sampai incik kuzer berhajat nak ambil cuti tanpa gaji utk temani aku kat sini, di tempat aku kursus ini. giler sengal perangai aku..bak kata mak 'jgn buat perangai lagi, mcm kat sekolah teknik dulu, sudah2 lah digantung kerajaan.'. tapi mak ayah siap nak pencen awal utk ikut aku posting. yeayy!! terharu dgn kasih syg mak, ayah dan kuzer..ehmm alhamdulillah..tp mereka perlu sedar bahawa ank mereka sudah sedikit nanar kini.

kuzer jugak yg dikate mak selalu manjekan aku. segalanya dia sanggup korban..sampai aku macam tak boleh berdikari. huhu. ehhhh, silap tu. berdikari boleh, cume terlebih rungut lak. ehe..

ok..tu je nak kongsi..daaaaa..

wassalam

Tuesday, January 12, 2010

SeLaMaT BeRTaMBaH UsiA

Salam to all

1 jam lagi ke 13 Januari. genap 17 tahun bagi insan bernama Muhammad Hariz.. eh, ape ke skemanya aku.. ok, itu adik lelaki tunggal aku sebenarnya. belum pon birthday, dah dapat hadiah dari parentz aku tadi. tapi masih belom dapat dari aku. biasalah, akak mithali die ni tak keluar rumah. mana nak beli kan. lambat sikit ye. hari2 bermula 7 bulan lepas, aku dah masak utk dia, so tak perlu lah demand sangat. =)


kenapa muke aku begitu toye dalam gambar ni? hairan.

dan 5 januari lepas adalah hari lahir kakak tunggal aku. yg ke 27 tahun. (27 tahun sudah?? sila terkejut macam aku sekarang!!) semua nak keluar bulan 1, aku jugak tarikh lahir paling lewat dalam family aku. macam adik aku jugak, aku tak bagi apa2 lagi pada akak aku. sabar ye, adik solehah kau ni hanya terperap di rumah..minggu ni kita celebrate ye..sekali dgn budak 17tahun tu.

*selamat hari lahir to both of u..

* macam biasa, setiap kali bufday manusia2 kesayanganku, berkumandanglah lagu Imran Ajmain kat page aku ni..Selamat ulang tahun sayang..

Wassalam.

AkU RaSa Ia SaNGaT RuMiT

Salam to all

telinga aku penat..kesian dia. hari2 org tanya 'eh, bila nak sambung belaja? tak jadi ke? dah tahun 2010 ni??

jawapan aku 'entahlah..dari 3jan tukar 18jan..lepas ni tak tahu bulan bila pulak.. silap2 tahun depan..tu ok lagi, kalau tahun depan pon tak ada?'

aku masih di rumah. tak ada tanda2 aku akan sorong beg beroda sebijik macam pelajar AF tersingkir tiap minggu. menandakan kerajaan masih gantung aku tak bertali. aku mintak cerai , tak mahu bagi. fasakh boleh?

aku masih mengkaji perihal saman menyaman yg kian hebat di dada2 akhbar, aku nak saman KPM? ye, boleh jadi. perjanjian yg dimeterai telah ternoda.

cuma tak perlu masuk dalam kosmo atau paper2 yg lain. aku tak mahu bikin kontroversi. apa lagi jumpa wakil rakyat nangis2. dunia belum berakhir.

tadi...pagi tadi,, eh silap petang tadi..aku telefon bahagian KPM. macam biasa alasan mereka berjela2. sebelum ini, bermula bulan lepas, aku dah telefon hampir 1oo kali mungkin (sila buat muka terpesona skrg!). kalo aku seorang promoter kereta, lebih dari 100 biji kereta dah terjual agaknya..selama aku berhubungan dgn mereka (100kali di talian, ), apa sahaja alasan mereka, aku terima. senyum, tenang dan masih berbahagia. telefon si A, di pass sampai ke talian si Z. tak apa, aku cool. masih tak ada jawapan, telefon lagi, talian putus tak berangkat pula. begitulah sehingga berpuluh2 kali semenjak bulan lepas.

tapi tadi..dgn suara sedikit tegas..tiada lagi nada2 melankolik..
kejamkah aku ye??

wassalam.

Friday, January 8, 2010

TaG TeRBaNg DaRi GaNu!

salam to all

mase utk menjawap tag..tag ni aku dah pernah jawap dulu kalau tak silap aku. tapi dari pengetag yg berbeza (pengetag? apekah?) dan ade soalan2 tambahan ku rasekan. sikit berbeza dari tag yg lama tuh. tag yg datangnye dari Ganu. by incik Chamn..tengs ya! =) ayuh, laksanakan dgn senyum simpul..

1. Adakah anda rasa anda HOT???

suam2 kuku je kot!

2. Upload gambar kegemaran anda.



3. Cerita pasal gambar


aku ngan kuzer kat Kampung Budaya Sarawak. tengah mengambil masa utk menghilangkan kepenatan berjalan sambil promote contoh perut jejaka yg bakal boroi dgn penuh dedikasi. WTH!

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?

dua minggu lepas rasanya. Dekat mid Valley dgn kuzer.

5. Lagu terakhir anda dengar.

Munajat by devotees. wahh!

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini.

Dengar adik aku ngan kuzer mengumpat pasal sape ntah.

7. Selain nama sendiri anda di panggil nama apa?

* adik
* ya
* nad
* nadia
* cik pearl
* nurul
* kak ong

8. Tag lagi 8 orang

1) Kuzer
2) Aishahumairah
3) Akina
4) Farhana Abu Bakar
5) AzwanBudak Memandai
6) Intan hafizah
7) Nazri Iskandar (again!)
8) Muhammad si owner keputusan wang

9. Siapakah orang no.1 kepada anda?

fiancee.

10. Kata sesuatu mengenai orang no. 5

kenal melalui alam maya juge..

11. No. 3 ada hubungan dengan siapa?

Dengan abg jerung..oppss!

12. Bagaimana pula dengan no. 4?

Pemilik blog ekspresi diriku.

13. Pesanan kepada orang no. 6

Semoga berjaya menempuh alam kerjaya & sabar menanti hari gemilang graduasimu.. (skema giler ayat!)

14. Kata-kata cinta untuk no. 2 .

Perluke? kang kate less pulak!

15. Adakah no. 7 dan 8 punya persamaan?

ade..mereka menetap di Rawang.

16. Berikan 5 yang anda tahu tentang orang yang mengetag anda

* Bakal Grad
* Orang Terengganu
* Kawan tunang aku
* pemilik blog simple + crucial
* Sedang mencarik kerja.

17. Persamaan antara kambing ngan lembu?

Dua2 bukan haiwan Omnivor apatah lagi manusia.

18. Perasaan anda buat tag ini.

Stabil + neutral..WTH

19. Adakah anda tahu si razman itu sengal?

Sumpah tak tahu!

20. GAY o LESS??

WTH !!

Selesai sudah..=)

Wassalam..

Wednesday, January 6, 2010

NaK CeRiTa SiKiT Nie!

Salam to all

pagi2 bangun tidur, rumah aku dah huru hara sebab ade panggilan kematian dari Slim River. Nenek saudara aku yg berusia 60tahun dah kembali ke rahmatullah. =( al-fatehah ku sedekahkan.

secara jujurnya, aku memang tak kenal pon arwah nenek yg satu ini. jarang jumpa apa lagi berbual mesra, malah mak aku sendiri pon tak berapa rapat. tp kami pergi juga ziarah jenazahnya kat kampung balun. mak ayah aku ambil cuti mengejut dan aku yg sentiasa cuti ni sedia menemani mereka.

sampai sana, segalanya diurus dgn baik. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya dari urusan mandi, solat & kebumi jenazah.

...........

titik utama yg aku nak cerita di sini adalah budaya org2 di sana (kalau ia dikatakan budaya lah). bagus kerana mereka sentiasa bersalaman tak kira kenal atau tak. tapi yg tak tahannya, nak salam macam gangster kampung pandan. tengah aku borak2 dgn saudara yg baru dikenali (mereka tanya aku anak siapa, blaja mana, kerja apa dan bla2.. macam interview jugaklah) tibe2 insan ini tepuk belakang badan aku. duppp! bedebah. nasib baik tak tersebut perkataan tu dek mulut aku. bile aku toleh, makcik ni hulur tangan. mm (sila senyum cik pearl)'. aku salam sambil tersenyum..tak pe2, mungkin die tak sengaja..

sambung interview tadi...

duppp sekali lg..adeh!! nak terkehel bahu..

aku toleh, makcik lain plak hulur tangan nak salam. aku membelakangi mereka, jadi aku tak nmpk kehadiran mereka. (jgn kate aku kurang adab plak tak hulur tgn pada yg tua=)) '(sabar pearl..die nak salam je')..ok aku tenang2, salam mereka dgn menghadiahkan sekali senyuman yg paling manis ku rasakan..

sambung interview...

dupppp! kali ketiga ni mak oiiiiii...

pandang belakang.. satu makcik lagi..senyum..salam lagi..dlm hati 'ni nak salam ke nak carik gaduh makcik??'.. ('astagfirullah.. pangkat makcik tu pearl')..cool balik..


so aku perhati satu persatu makcik2 yg bersalaman..

ohh mereka memang begitu. siapa2 tak sedar kehadiran huluran tgn mereka utk bersalam, memang die sekeh je bahu ke, badan ke, lengan ke..mana yg sempat lah. janji salam. uiks..pelik.. kalo aku, mungkin aku sebut 'excuse me'...sambil hulur tangan hahaha. WTH! tak pon cuit sikit mereka2 ni sambil senyum dan hulur tgn..yup, lebih baik begini kan.tapi nak buat macamana, makcik2 punya pasal, aku cool babe!

sampai makcik keempat, aku dah biase. belum sempat die sekeh, aku dah senyum2 hulur tangan, selamat bahu aku dari tergeliat pulak ke..tambah2 makcik tu kate 'ooo ni anak cik can tu ye?? (mereka panggil mak aku dgn panggilan ' can') belajar lagi? tunggu SPM?'


wahh! nak siku aku 5x pon tak pe makcik. sila2.

...........................


*pepun yg penting kematian tu 1 perkara yg sgt2 pasti dan menginsafkan kita. terfikir seketika, bagaimana keadaan aku kalau yg pergi itu ibu atau bapaku? mampukah aku menguruskan jenazah mereka. dan kalau aku yg pergi dulu? =(


wasssalam

Tuesday, January 5, 2010

MaLaM PeNuH EMoSi

salam to all..

ade masa kite tersenyum..gembira. ade masa pula kita marah, geram dan bersedih. biasalah manusia. tak lari dari 1001 rasa dan emosi.

kalau marah atau geram misalnya, kite disarankan supaya mengawalnya..

tapi bukan mudah bagi aku. apa lagi sebab yg buat kita marah & geram ni melibatkan masa depan, pembuangan masa yg berlebihan dan tidak tepati janji. sumpah aku menyampah.

muke dah kelat tahap tergigit kulit rambutan tak masak. jari pon dah gigil2 tanda protes. lidah lancar je sebut ntah hape2.. kalo zikir tak pe jugak. ni sebut sengal4x (sila sebut laju2)..

astagfirullah..redalah wahai hati. bibir pon menguntum senyum. muke nampak cool..=)

dalam hati 'gile ke hape!!' sumpah seranah berbakul2x. pinjam bakul jiran sebelah sekali, sambung sumpah seranah.

air liur pon naik kering. suara pon dah hilang. ha! amik kau. Allah tarik suara kau yg merdu tu. (merdu ke??)Dia suruh berzikir, kau maki hamun. now, tak payah ada suara!!! senyap. kasi lega orang sekeliling.

huaaaaaa...

hati masih panas. mungkin boleh goreng telur mata kerbau diatasnya. lapar..

*aku tengah demam selsema & batuk. ambik alih segala virus ternakan incik kuzer. tu merapu sebegini rupa.!


wassalam

Sunday, January 3, 2010

DeSTiNaSi PeMbUkaAn 2010

salam to all

hurm, entry pertama pada tahun 2010..

sejak tahun 2006 kalau tak silap aku, aku ngan kuzer akan carik tempat2 menarik utk dilawati & bawak sekali adik2 kami yg terchenta. tempat yg kami selalu pilih biasanya yg ade kaitan dgn kesan sejarah..tak pon tempat mandi manda & tanah tinggi.

kali ni (pembukaan 2010), kami plan beberapa tempat :
1) pulau pangkor
2) cameron highland
3) pord dickson
4) bukit cahaya sri alam
5) Aquaria KLCC

plan punye plan, kuzer lak tak berapa sihat. so kami pilih bukit cahaya sri alam atau KLCC saje tahun ni. dekat & senang pergi.

sabtu (semalam), kami gerak area 8.45 pagi. dalam kereta still fikir2 kemana destinasi. disebabkan semuanya minat sejarah (rasenye tak termasuk aku), kami tukar plan. terus menuju ke Negeri sembilan. tempat pertama pastinya Istana Sri Menanti.


depan istana sri menanti

agak tenang kawasannya. tambah plak, dah nak bukak sekolah, so kurang pengunjung..

batu bertikam.



then, kami ke lukut. nak lawat kota lukut & muzium lukut. seram jugak kat tapak kota lukut. sunyi jer. hujan plak waktu kami sibuk lawat kawasan ni. so tak dapat nak lama di sini.


depan muzium lukut





jalan2 masa hujan kat kota lukut

then, kami gerak ke muzium tentera. nasib hujan sekejap je. tp kene rush jugak sebab kami sampai pukul 4 & muzium tutup pukul 5. whoaaa.


dalam terowong PKM

destinasi terakhir pastinya pantai pord dickson. petang2 air pun dah pasang. adik2 je lah yg mandi. kuzer demam tak dapat mandi, so aku tak mandi lah jugak. cian kat kuzer. huhu

so, ni kije aku ngan kuzer


celup2 kaki je lah..


dan timbus menimbus. adik2 siap naik boat drift lagi. sekepala rm15.

maghrib je, naik dan berfikir2 plak samada nak tidur 1 malam atau balik malam ni jugak. majoriti nak tidur tapi keadaan kuzer tak mengizinkan. so kami balik jugak malam nye. singgah kajang untuk dinner. area 10setengah sampai rumah dgn selamatnya. Alhamdulillah.=)

*macam biase pesanan penaja = gambar2 lain aku upload kat fb ye. sini cuma 1/4 sahaja. sila jenguk kat fb aku.

wassalam.